Friday, August 15, 2014

Alhamdulillah :)

Siapa sangka?
Siapa dapat agak?
Aku rindukan persahabatan yang penuh gelak tawa.
Aku jugak rindukan persahabatan yang penuh keceriaan.
Dah lama.
Cukup lama.
Aku tahu aku rindu tapi aku tak akukan.
Aku diamkan aku larikan diri.
Pandang dari jauh.
Perhati dari setiap segi.
Adakalanya aku terkesan sesuatu.
Kau yang aku lepaskan dulu sememangnya yang aku rindu.
Ya. Aku minta maaf atas ego yang tak bertembok.
Ego yang merosakkan diri sendiri.
Tapi ini yang aku mahu.
Cara rakan yang begini.
Cara yang memahami dan ingin difahami.
Even tak lama pun.
Thank you! Sayang kalian! :D


Tuesday, September 24, 2013

Sumpah Aku Kata

Aku Rindu Johor Bahru!

Memang orang kata best merantau jauh.
Tapi hati seksa siapa tahu?

Memang boleh hidup berdikari.
Tapi aku tahan rindu kau tahu?

Merantau dgn member rasa seronok?
Rasa penat menangis sbb rindu adalah.

Aku memang suka pergi jauh jauh kalau rasa ada masalah.
Tapi sakit yg aku rasa masa pergi jauh tu, Allah je tahu.

Aku rindu. Aku sakit tanggung rindu. Aku penat tanggung sayang. Aku penat pikul rsa berat tak dapat bersama.

Orang tengok aku bahagia mcm nak gila kat sini.
Org tgk aku tersenyum lembar post gambar dalam insta.
Tapi realitinya aku gembeng.
Aku lembik.
Aku jatuh nak tunggu waktu dapat jumpa.

Jujur sayang.
Jujur aku rindu senyumanmu.
Aku rindukan pelukmu.
Aku rindukan belaian manja kamu. Aku rindukan ciuman mesramu sebelum tidurku.

Mama. ROSIAH BINTI MOHD. Kakak rindu sangat kat mama. Kakak tak sabar nak balik Johor. Kakak nak peluk mama :'(