Monday, December 31, 2012

15 Safar 1434 :'(

assalamualaikum. .

kenapa awak tinggalkan saya? kenapa awak tinggalkan saya secepat ni? awak buat saya sayang awak. awak buat saya rindukan awak. tapi awak tinggalkan saya lepas tu. takpe. saya dah mula redha dengan pemergian awak. sebelum ni. 3hari saya macam jasad tak bernyawa bila dapat tahu awak dah tak ada. Wany, Killa, Afyni and Ummi jadi mangsa mendengar cerita yang saya sayang dan rindukan awak.

Ahmad Mikail Nazril....
saya tahu kita kenal tak lama. kita kenal tak sampai setahun. tapi saya suka kawan dengan awak, sampai lah saya dah tak sayang sape2 lagi pada 26 Muharam 1434 bersamaan 10 Disember 2012.

awak selalu teman saya text. awak selalu text saya. ntah! saya tak tahu kenapa saya suka text awak. sampai lah awak ada ajak couple masa 19 Disember 2012. tapi saya dah janji dengan kawan saya yang saya takkan couple sampai saya habis belajar.

saya ingat dapat kawan dengan awak sampai kita sama sama habis belajar. tapi, Allah lagi sayang awak. lebih menyayangi awak Mikail :')

masa saya dapat text dari awak 28 Disember 2012 tu, saya ingat awak nak text macam ni "aip! assalamualaikum ayu!" tapi apa yang ayu dapat text kata ada berita buruk tentang Mikail. ayu dah mula terdiam tak tahu nak buat apa. ayu reply jugak tanya kenapa. tapi ayu tak sangka adik Mikail reply dengan kata "abang saya Ahamad Mikail Nazril sudah meninggal dunia pada jam 8pagi tadi. saya tahu berita ini amat sukar untuk awak terima."

Allahuakbhar. ayu terus jatuh masa baca text tu. padahal pagi tu kita text kan Mikail? cuma ayu dah rasa tak sedap hati pasal Mikail dari last text yang Mikail hantar masa kita text tu. . ayu terus terjatuh dan terus menangis. ayu rasa lemah sangat bila dapat tahu yang Mikail dah tak ada. Allah je yang tahu betapa lemahnya ayu time tu.

"andainye hari esok tiada lagi untuk kita. Wujudkan hari semalam untuk kita berkasih. Mikail sayang ayu. masa yang singkat ni sangat bahagia untuk mikail. harap ayu bahagia kenal Mikail. Mikail sayang ayau. <3 simpan text ni tau" 

masa baca text ni pun tangan ayu sejuk sangat. ntah! ayu tak tahu kenapa! lepas je baca. ayu terus save text tu kat memory card. ayu tak boleh tidur. ayu baca semua conversation kita and ayu baca semua tweet2 kita. mention2 kita malam tu. ayu screen captured semuanya. dan ayu terlelap.






lepas dapat tahu berita tentang Mikail. adik Mikail call bgtahu lebih jelas tentang Mikail. ayu dah tak macam bernyawa time tu. rasa rindu ni makin mendalam. tu semua yang Mikail mention pasal ayu :) 

ayu suka yang kita main abc tu. tapi kita stop sampai huruf I je kan? ayu dah sambung dah and ayu stop sampai U je. tak nak sambung lagi :)


ayu selalu nangis bila baca mention ni. ayu tak rasa menyesal sebab tak trima untuk couple dengan awak. tapi ayu rasa bersyukur ayu dapat elakkan awak dari maksiat dunia sebelum Mikail pergi padanya. tapi ayu tahu dan kawan kawan pun cakap even awak pergi awal, tapi ayu tahu ayu orang Terakhir yang awak sayang. 

3hari ayu tak ada semangat. tiap kali terbangun dari tidur. ayu teringat text arwah. Ya Allah rindunya. mama and ayah ayu tak senang tengok ayu macam ni. tapi harini, ayu dah okay sikit. sebab tu ayu boleh update blog ni. 

text yang adik arwah hantar pada ayu masa tu, text tu dia kata ada dalam draft phone arwah. ayu tak nak bgtahu apa yang ada dalam text tu, sebab teringat sebaris ayat dalam text tu pun dah buat ayu teringat kat arwah! ayu rasa arwah tak ada pengganti buat masa ni. memang sebelum dengan arwah, ayu ada couple dengan 2 orang. tapi ayu mengaku ayu sayang arwah lebih dari mereka. 

masa yang singkat dalam perkenalan kita buat arwah jadi lebih istimewa dari mereka. tersangat istimewa dari mereka :') ayu cuma mampu sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. dan ayu nak sambut 2013 ni dengan bacaan yassin dan muhasabah diri untuk redha dengan pemergian arwah. 

Nurul Hidayu Sayang Ahmad Mikail Nazril

2013 :) aku berani meghadapkan diri dengan dugaanMu :) aku berani cekalkan hati dengan dugaan dariMu :)  kau kuatkan aku dengan cubaan yang paling besar pada 28 Disember 2012 :) 

ASSALAMUALAIKUM 2013 :)

Friday, October 12, 2012

Ini Ceritera Cinta Aku

assalamualaikum bloggerssssssssss :)

      al-kisahhhhhh tersebutlah kisah ceritera tentang seorang aku yang dilamun cinta.. sohaii, mengarot apa aku malam malam gini. tv sedang bersiaran langsung perlawanan bola sepak antara Selangor dan Kelantan. aku? sokong mana? Johor lahh. haha. kayy tak ada kna mengena. act aku #TeamKelantan kalau Kelantan ada game. ni apa ni aku mengarot pasal bola plak tetiba ni.

      sohaiiiiii! hidup lah hidup. aku ni orang hot pemes pemes ni memang banyak haters ni. tapi peduli apa aku sama haters tu semua. boleh pergi die lahh dorang. ini hidup aku. tak suka, kau boleh angkat kaki jalan terjun masuk loji. ingt aku nak tolong? kau tolong diri sendiri. lain kali ingat! jangan buat orang. lu langsi lu mati. wa tengok diri tepuk tangan senang hati jeee leyhhh. memang cara aku berblogging sekarang kasar. malas nak beralas2 ni.

BETUL BAIK - "ALAHHH DIA TU KONON BAIK JE. PURA PURA JE WEH"

      manusia tak puas hati? LOL! puakenye hidup. kau nak apa yang ada pada orang tu ada pada kau? semua. kata kan lah orang tu dapat apa yang dia nak sebab dia ada sakit barah otak, kau nak dengan barah dia tu sekali ke? haha. kaalu orang tu tahu, and barah tu pun boleh beralih orang. aku confirm orang tu nak bagi kat kau. biar dia tak dapat apa yang dia nak, asalkan dia boleh hidup sihat sejahtera. kau amek la amek lahhh barah dia tu. 

      hidup aku dilengkapi dengan keluarga dan rakan rakan. teman baik lagi sesama gila otaknya bernama Hafis. merangkap sebagai pakwe aku lah jugak. woi! kau bangga tak ni? haha. semenjak dua menjak nak SPM ni, aku banyak stay study dengan kawan kawan aku uh. kadang kadang stay study jadi stay sembang sembang aku perhatikan. mana kah tidaknya stay nya dengan Aupaa, Hafis, Ajak, Azwa kekadang Iema pun ada. mahunya tak berdekak bila dah ada 5orang ni. belajarnya subject math, mana datang topik nak gelak pun aku tak tahu lah.

      wehhh. kalau kau baca ni. aku rndu kau. rindu nak gelak gelak dengan kau. rindu nak ponteng kelas dengan kau. rindu nak gossippingssssss dengan kau. tapi apa kan daya. segalanya terhenti kat situ. aku kesian bila kau terpaksa jadi orang tengah dan jaga hati kedua dua persaan. so kau tak payah lahh jaga hati aku. jaga hati dia pun dah cukup. at least kau tak berbelah bagi. hidup hanya sekali. aku tak nak hidup kau ada perasaan sedih dan rasa terasa ada perasaan "KETERPAKSAAN". tengok lah 10 20 tahun lagi, kalau panjang umur kita, dapat lah kita jumpa. time tu aku akan ukir senyuman yang aku tak lupa semua kisah persahabatan kita. buat masa ni, kita bawa haluan masing2. 

      BILA KITA BETUL JAHAT - "EHH DIA TU MEMANG JAHAT. KAU JANGAN DEKAT DENGAN DIA"

      bola ni bila masa nak habis. dari tadi 0-0 je. malas aku nak tengok dibuatnya *padahal tak tengok pun* aku ni sibuk blogging dengan text orang. hahaha. tak lama lagi dah nak eSPieM dah. fuuuuuu. dah bersedia kah aku? nasib ada gaps antara exam exam tu. nasib baik lagi. aku rasa tajuk dengan isi blog ni tak kena langsung kan? wahaha. dah abaikan. masa untuk aku sign out. kejap. tengok gambar comel ni jommmmmm 


p/s: berhenti melawan orang bodoh jika kita tak mahu dianggap sama bodoh seperti dia.

Monday, September 24, 2012

Jaga Kain Awak Tu

assalamualaikum readers :)

     "ayah.. kurang kurangkan lah isap rokok tu. lebih berbahaya pada kami ni tau. asap rokok tu haaaaa" kasar ke teguran aku tu? tak kot. mungkin tak la kan. ayah senyum je tengok muka aku. jam kat dinding dah pukul 4.15pm. waktu ni aku tengah menaip blog la ni. nak berkongsi kisah al kisah dan ceritera hidup seorang aku yang bersekolah di tetttttttttttt. . . nak tahu ke? tak payah la. bagi yang kenal tu tahu lah aku sekolah kat mana. bagi yang tak tu tak mengapa lah.

     screen komputer ni macam besar sangat pulak depan aku. takpe. kita abaikan tentang screen komputer aku yang gedabak ni. aku pergi balik sekolah macam biasa lah mama hantar. seminggu tu je aku naik teksi. alaa biasa lah kereta kalau tak buat hal, bukan kreta ****** namanya. boring tu biasa. aku scroll je TL kat twitter tu. RT RT dan terus RT selagi mampu nak tekan RT uh. aku pun dengan bosan nya bukak lah interactions. cehhh feel retis bukak interactions. macam banyak je orang nak RT and mention aku.

     dah abaikan. aku ni memang macam ni. click lah kat interaction. ada mention laaaaa seyhhh. fuhh bangga jap. sekali tengok nama and gambar orang yang mention aku tu teeeetttttttt! one word yang keluar dari mulut aku "bullshit!!!" kenapa dia yang mention aku? kenapa tak crush aku? kokocrunch aku ke? honey star aku ke? ahh! ! kenapa harus kau? kenapa kau? dah mula rasa ada parang kat tangan. dah mula rasa membuak buak nak membunuh. dah mula rasa nak ... . . . . . . . . "allahuakbhar" mengucap panjang aku dibuatnya.

     kenapa kau nk menyebok penuhkan interaction aku? kau boleh pergi jauh jauh tak? hilang terus pun takpe. apa kata kalau kau unfollow je aku? apa kata lah. kalau unfollow je terus pun senang jugak. lagi mudah rasanya. tapi takpa lah. aku masih belum rasa atau berperasaan untuk unfollow kau. nampak mulianya aku kat situ? selagi aku belum ada perasaan atau cakap "aku tak kenal kau lah. unfollow je lah" selagi tu aku follow. kalau aku rasa aku dah tak kenal. aku unfollow lah. see! nampak permainan aku yang terang lagi bersuluh kat situ? dah meleweh dah.

     dia mention aku macam ni "@Teettttttt : @AayuHakim dah dapat result trial?" tu yang aku terus kata capital B tu. dah lah tu. aku pun reply la "@AayuHakim : @Teettttttt ouh belum." oit! dia boleh reply lagi tu "@Teettttttt : @AayuHakim lah yeke. kita dah dapat dah. dah ada 4A dah" oiiii teetttttt! Jaga Kain Awak Tu boleh tak? pandai aku lah nak jaga kain aku. kain kau yang kau tahu elok2 kau pakai tu. jangan kang rabak terbukak pulak aku buat. baru padan dengan muka kau. malas nak bercerita tentang kau. tapi aku nak cerita jugak. biar lah belog aku. bukan belog kau.

    kita masing masing pakai kain. masing masing pun ikat kain ketat2 tak nak bagi terbukak kan. tak nak bagi terlondeh kan? tapi bila kau buat macam tu, kau macam menyibuk hal orang lain. kau pakai kain! kau jaga lah kain kau. sibuk2 nak selak kain aku pehal?! kau tahu malu tak nak selak selak kain aku? aku tahu lah kau lagi pandai dari aku. aku tahu lah kau lagi bijak dari aku. at least kalau nak tahu pun result aku. tanya secara DM boleh kan? perlu Mention bagai ke. sekali aku tarik kain kau kang. semua cerita lama keluar kang kau yang malu. so. JAGA KAIN AWAK TU.

     buat lah apa pun. kata lah apa pun. maki lah apa pun. kau tweet lah apa pun. aku hanya seorang buta yang telah meminta maaf dan berlalu pergi dengan wajah yang tersenyum. sedangkan Nabi Muhammad SAW pun ampunkan umatnya. apatah lagi kau hanya seorang manusia yang tak luput dari dosa. begitu juga aku manusia yang tak lekang dari dosa. setiap langkahku juga mungkin berdosa. salahku, aku minta maaf. terserah dan terpulang pada kau untuk maafkan aku. tugas aku selesai dan aku hanya membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang kau lakukan dan kau katakan. maaf! aku hanya menghindar agar aku tak mendapat dosa berkenaan diri kau :)

thanks for reading !!

p/s: hidup ini tak akan indah bila hanya dengan satu warna. kau dan aku berbeza tapi bersama bagai pelangi.

Thursday, September 20, 2012

Tiada Tajuk Tetap

assalamualaikum pembuka kata untuk post kali ni.

     aku tak tahu nak cerita pasal apa. duduk telepu dan bersila atas kerusi komputer dan mengadap komputer yang 18inci ni. buat aku makin buntu. kadang kadang terdiam bila teringat bende bende lama. lame. bodoh bila teringat. aku tak nak ingat pun kalau boleh. bende bende lama boleh buat sakit hati. boleh buat aku jadi sedih. so let bygone be bygone. gone terus pun bagus.

    baru habis trial SPM. woooo, baru habis ke? dah seminggu lepas aku habis trial. dah seminggu lepas aku memerah otak untuk trial. dah seminggu lepas juga aku terasa bahang SPM. tapi terasa terasa bahang SPM ni, dah seminggu aku tak bukak buku. selak selak tu ada lah sikit sikit. ni ke namanya terasa bahang SPM? lupakan je lah kalau kau jawab AddMath pun macam pulang kertas kosong pada cikgu. kadang kadang aku terasa bodoh berada disekeliling rakan rakan. biar lah. hidup aku.

    mulut ni nak maki maki aje bila mata ni nampak kau. tapi disebabkan jarang berjumpa. tak la terasa nak maki tu. bertimbun agaknya dosa bila aku ternampak kau. tak mampu nak kata apa la. kalau perkataan yang tak biasa aku sebut cthnya "bullshit. shit. damn. fuck" ni tersebut dari mulut secara tiba tiba. tapi aku mampu kalis dengan "Astaghfirullah. Ya Allah, Subahanallah. Allahuakbhar" sebenarnya aku tak membenci sesiapa. cuma hati ni ber'Syaitan bila ada je yang tak kena kat mata ni. biasa lah manusia bernafsu. manusia yang tak mampu kawal nafsu dengan meluahkan perkataan perkataan yang tak senonoh tu, Bodoh sebenarnya. macam tak tetap Iman.

    kalau dulu sifat aku suka sangat sound orang. tapi aku rasa tu tak perlu kan. bila ingat balik. ahh babi! bodoh betul apa yang aku buat dulu. tak menampakkan KEAYUAN diri sendiri. ianya akan buat orang pandang rendah serendah rendahnya pada aku. tapi sekarang aku sound jugak orang. bertempat lah. kalau betul tak tahan memang kena lah. nothing enough dalam hidup ni. manusia tak pernah bersyukur.

    kita suka tengok orang bahagia kan? of course la suka. sape tak suka tengok orang bahagia tu angkat tangan kau cepat? ada lah tu rasa cemburu, iri hati dengki serta ber'Syaitan nya hati kau tu. bersihkan lah ye. tersenyum lah saat orang lain juga tersenyum. tak hilang kemana darah kau tu kalau kau senyum. bukanya mati pun! jantng kau pun tak berhenti berdegup kalau kau senyum. tapi biar ikhlas! jangan sebab terpaksa. tak perlu membodohkan diri kata suka kalau kau tak suka. tak perlu membodohkan diri kata tak suka bila kau suka. bila orang lain dah tahu kau menipu. terserlah kebodohan kau yang tarang lagi bersuluh tu.

    kalau lah dekat Makkah tu dengan Malaysia. aku mapu berhabis duit untuk pergi kesana dan dapatkan air ZamZam untuk mereka mereka yang bermasalah hati. bersihkan lah hati. aku pun tak lah bersih sangat hati. tapi dalam proses membersihkannya agar tak ada kotor yang tercalit dalam hati ni. agar aku bahagia tengok orang bahagia. agar aku mampu tersenyum melihat orang yang bermuka dua dengan aku sedang menipu aku.  agar aku juga mampu mengatakan "tak mengapa. aku tahu apa kau maksudkan" bila berhadapan dengan orang orang yang menganggap aku musuhnya.

p/s: jangan pernah buang tenaga untuk MENGAIS benda yang dah kau BENAMKAN sedalam dalamnya dalam bumi. kau akan kelihatan bodoh bila dipandang orang ramai.

enjoy! thank you for viewing.

Saturday, August 4, 2012

Aku Tak Berharap Kat Kau

assalamualaikum w.b.t 

ouhh ni gambar berapa bulan lepas. saje saje bongkar balik hard disk yang dah lama terperap uh act.
abaikan la pasal gambar. ada bende lagi penting aku nak post ni. 

aku tak berharap? ouhh yee benar! aku memang tak berharap. sememangnya dah lama aku tak nak. sebab tu bila tak dapat aku tak kisah. malah aku lebih gembira. tak kisah la apa pun kau nak cakap, apa pun kau nak fikir. yang aku tahu hati aku, perasaan aku gembira dan amat tenang bila aku tak berharap. 

tapi yang pentingnya aku memang tak pernah berharap pun untuk dapat kau. malah aku rasa nak jauh jauh kan diri dari kau. kau tau tak, bila kau kata aku tak dapat. aku punya terkejut gembira pehh tak tahu nak cakap apa. 

tapi berbeza lah dengan perasaan dapat text "KITA PUTUS" pagi pagi buta kan. yang tu ada sentap sikit. tapi yang aku tak berharap ni aku gembira gila. ntah bila dapat perasaan macam ni lagi aku tak tahu lah. mungkin bila tiap kali aku tak dapat apa yang aku nakk, aku akan gembira macam ni agaknya kan. 

tengok gambar kat atas. boleh la dikatakan cerah "pada pandangan aku lah" tapi kalau aku kena pergi PLKN, agak agak boleh ke kulit aku macam ni? hihi. si, dah terang lagi bersuluh laa AKU TAK BRHARAP untuk masuk PLKN. tapi bila tengok kawan2 lain dapat pergi, aku teringin pulak nak pergi. 

NOR SYAKILLA dapat! kawan aku tu dia dapat! dan aku terasa jeles pulak bila dia dapat. tapi tak teringin pulak nak mohon. hhi XD ni namanya hangat hangat tahi ayam. 


seee. sudah terang lagi bersuluh menggunakan spotlight lagi yang aku tak dapat PLKN :) 
tak perlu minta MAAF. sepatutnya aku yang BERTERIMA KASIH :) 


Saturday, July 21, 2012

Tumpang Lalu *Bazar Ramadan*

Assalamualaikum. . . . 

ada yang menunggu post ni? kayh abaikan kalau tak. act dah tertunda dah post ni dekat 3hari. 
idea tak membuak buak seperti mana yang ayu fikirkan. mungkin sebab kepenatan. 
ayu buat post ni atas bantuan 27 orang kawan dari Facebook dan rakan Sekolah.
ada yang on the spot bagi jawapan. ada yang tertanya tanya kenapa ayu tetiba bagi soalan
"Apa makanan pilihan kau kalau g Bazar?"

ada yang tanya ayu
"kenapa? kau nak bukak bazar ke?"

see! memang ayu bukak bazar. bazar blog! haha. atas bantuan korang, ayu dapat la buat post kali ni. 
kalau tahun lepas ayu mintak pendapat beberapa orang kawan untuk post "Top 5 Kuih raya di Hari Raya"
untuk Ramadan kali ni ayu mintak pendapat 27 orang tu untuk juadah berbuka puasa yang dibeli jika ke bazar .
berdasarkan soalan ayu, lebih dari 5 orang jawab soalan uh dengan jawapan yang sama. thanks pada yang bagi jawapan. tapi ayu amek 3je untuk dibincangkan kenapa pilih makanan tu. 
lets see siapa yang bari jawapan untuk post ni. . . . 

Adib Rahman - Martabak , Bubur Lambuk
Afiq Muliadi - Kuih Pelita
Wan Mahadzir - Martabak
Nurul Syahidah - Nasi Ambang
Farah Ziha - Nasi Ambang , Kuih Seri Muka
Hazim Baharin - Ayam Percik , Martabak
Ewan - Ayam Percik
Nurul Md. Jalil - Roti John
Idzwan Ramli - Kebab
Hafis Zul Helmi - Pau Sambal , Ayam Percik , Kebab
Faizul - Karipap , Kebab
Natasha Nadzirah - Ikan Pari Bakar
Ayim Mazlan - Ayam Percik , Ikan Pari Bakar , Ayam Goreng , Nasi Goreng Ayam
Ernawatie - Martabak
Fahimah Farid - Laksa Penang
Hasrain - Martabak , Ayam Percik
Siti Nur Fathin - Martabak , Popia Basah
Farizah Johar - Nasi Beriani
Mohammed Said - Nasi Ambang
Afina Nadhirah - Kebab
Firdaus Zainudin - Ayam Percik
Teacher Rohaizad Adli - Martabak , Kuih Seri Muka
Friandika Irfandi - Ayam Percik
Shahrul Nizam - Ayam Percik , Roti Jala
Nazrul Rahmat - Kuih Muih
Nurul Shahidah - Kebab 
Akmal Al-Faris - Ayam Percik

see? tu semua 27 orang yang bagi respons untuk soalan yang ayu tanya. thanks yaww! ni ikut turutan. 
yang di'highlight uh yang paling banyak laa. nampak gayanya yang menduduki tangga teratas, Ayam Percik
but seriously, ayu jarang beli Ayam Percik tu and membuatkan ayu lupa apa rasa Ayam Percik tu. 
sedap ae? mesti la sedap kan. sebab tu la ramai pilih tu kalau g bazar. 
ayu just amek top 3 je. so, lets describe one by one. . . . 

Ayam Percik - 9 Orang
juadah yang pertama! ayam percik. maaflah tak letak gambar. semua pun boleh bayangkan macam mana rupa ayam percik kan? bulan puasa bohh! jangan bayang sangat okay. apa yang sedapnya ayam percik ni? act kalau bukan bulan puasa pun boleh kan makan ayam percik ni? tapi ikut selera masing2 la. 
tapi kalau tengok gambar and tengok ayam tu, memag boleh terliur laa. sedap bohh. panggang warna merah macam tu. tak tahu nak describe apa sangat pasal ayam ni. sebab ayu memang dah lama tak makan ayam merah ni. 

Martabak - 7 Orang
yang ni second tertinggi pilihan. no wonder la ramai yang suka makan martabak. memang sedap pun kan. martabak special yang banyak daging tu. pehh! sedap uh sedap sedap! 
ayu kalau nak makan martabak ni, bazar kat Kampung Melayu ahh. paling sedap ahh tu an. kat bazar yang ada kat Taman Daya ni ada tak jual martabak? ada an? okay! 
nak round ahh nanti. tapi, kalau dah berbuka dengan nasi. bila masanya korang nak makan martabak uh? mesti lah buka martabak je kan. tak ada lah nasinya kan. 
but for me, kalau buka martabak je pun dah mengenyangkan. beli dua keping, timpakan and potong 6. pehh, untuk 5 orang punya makan satu family ayu. baik baik baik! kuah nya lagi laa.
 kalau makan martabak tanpa kuah tak sah la an. lagi kalau banjirkan martabak uh dengan kuahnya. peehhhh sedap sehhhh *terbayang* 

Kebab - 5 Orang
kebab? hurmmmmm, tahun lepas ayu 5 kali ayu beli kebab kalau g bazar. kebab daging la paling sedap. kebab ayam ni kurang sikit. ayu pernah dapat kebab free. korang ada? haha. dapat free pun sebab yang buat kebab tu kawan ayah. kebab ni sedap kalau makan panas-panas an. baru rasa daging lembu yang merah panas dibakar atas kuali. rasa ahh umphhhh nya tu. pastu makan dengan bocor2 kat bawah roti tu. lagi lah menabahkan selera. ayu kalau makan kebab, kalau tak sememeh tumpah meleleh menjejeh kat baju tak sah. dan kebiasaannya ayu kena share kebab dengan adik -_-

Akhir Sekali!
sooooooooooo, tu lah Top 3 juadah pilihan yang dibeli sekiranya ke bazar ramadan. tak banyak sangat pun description yang ayu mampu buat. sekadar saje saje. ayu suka buat post berdasarkan pendapat orang. so, kalau ada pape pendapat, just let me know, and ayu akan try buat post tu. 

thats all laa untuk post kali ni. dah pukul 1pagi dah ni. nak tidur untuk bangun sahur pagi nanti. nak kejutkan Timun lagi. maaflah andai ada tersilap kata, tersasul bahasa, atau apa sahaja lah. 

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
LAKUKAN IBADAT DAN BUKANNYA ADAT.
ASSALAMUALAIKUM READERS :)

Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum Ya Ramadhan

Assalamualaikum Ya Ramadan. .

Assalamualaikum Ya Sahabat. . 

Assalamualaikum Ya Umat Islam. .

Assalamualaikum Amalan Dan Segala Nikmat Allah S.W.T. . 

Ahlan Ya Ramadan,
Puasa ini hadiah daripada-Nya,
Amalan dan Ibadat yang aku lakukan,
Agar diterima mulia disisi-Nya.

21 Julai 2012 yang bersamaan dengan 1 Ramadan 1433 Hijrah
Bermualanya Bulan Puasa Iaitu Bulan Ramadan.

semua pun dah tengok tv kan semalam? nak ulang ke tengok Pengumuman Puasa tahun ni? nak? jom kita view jap Pengumuman Puasa semalam.
see! Alhamdulillah bulan Puasa dah menjemput kita buat amal dan perbanyakkan amal dalam diri. Bila bulan puasa ni, syaitan syaitan semua diikat. Haaa! Kalau ada yang SENGAJA PONTENG PUASA uh bukan hasutan syaitan tapi nafsu tau. 
dalam bulan Ramadan ni, kita banyak banyakkan lah berzikir. puasa okay puasa! 
nak berceramah kat sini kang orang menyampah pulak nak baca, almaklumlah sya ni bukan ustazah. masing-masing pun dah dengar macam macam ceramah kan sebelum tibanya bulan puasa ni? bagus lah, semoga semuanya dapat apa yang disampaikan dengan jelas dan lengkap.
ni first post untuk Bulan Ramadan. 
bagi yang menunggu berkenaan dengan MAKANAN PILIHAN JIKA KE BAZAR, tunggu post satu lagi :)
btw, Selamat Berpuasa bagi Seluruh Umat Islam.

Friday, May 18, 2012

A Big Smile For A Great Day

assalamualaikum.
tak ada apa yang boleh saya taip pepanjang kat sini.
hanya gambar menceritakan segala yang indah.
dan yang indah itu lah ciptaan Allah s.w.t.
enjoy yeah! hhi

 Tasik Adda pukul 4.00petang

 Tasik Adda pukul 4.30

 Syazwany Jalil

 Langit kat area Tasik Adda

Hafis Zul Helmy :)

Saturday, May 12, 2012

Exam Week :)

assalamualaikum.
new me. specky me. yeah me. its me :) 
halo bloggers and readers. 
penat tak? minggu exam kan. penat macam mana pun kita kena hadapi jugak. 
hari Selasa yang lepas exam BM. penat dan rasa macam nak termuntah jawab soalan. nak tahu kenapa? sebab banyak sangat soalan. nak jawab pun laa haii. telah je lah. ilmu katanya. 
lepas tu masuk hari Rabu. kita ada Exam BI masa tu. dua paper. paper 1 and paper 2. 
kita nak cerita pasal paper 1 kita. yang direct essay tu.
pilih soalan pertama. soalannya....

1. Write about "Unforgettable Person"

firstly kita ingat nak cerita pasal DIA. sebab dia memang unforgettable bagi kita. yelah. susah nak lupakan orang yang kita sayang kan. tapi what to do. tak sanggup nak tulis pasal dia. kita ubah lah ceritanya tapi guna nama DIA. 

dalam bahasa melayu tapi tambah2 sikit (bahasa rojak je. tanslate kan)....

          Semua orang ada orang paling kita sayang. Sama macam saya. Saya ada orang yang saya sayang dan saya susah nak lupakan orang tu. Lagipun hidup kita cuma sekali. Orang yang kita susah nak lupakan tu mesti orang yang paling berharga dalam hidup kita. Saya ada kawan, nama dia Izzaq Adeka. Dia anak tunggal dalam keluarga. Mama dan ayah saya pun dah anggap dia macam anak sendiri, sebab tu lah saya rasa sayang kat dia.

          Kami berkawan sejak Darjah3. Mulanya kami berjiran tapi tak sekelas. Bila dah darjah 3 barulah saya dapat sekelas dengan dia. Saya sangka dia sombong, rupanya sangkaan saya salah. Hari pertama saya dalam kelas tu, orang pertama yang tegur saya adalah dia. Dia kata dia dah lama nak tegur saya, tapi dia malu sebab saya macam sombong je kat kawasan rumah tu. Mula dari haritu kami jadi rakan baik. Kami berbasikal ke sekolah bersama-sama. Balik dari sekolah juga bersama. mungkin terlalu awal rasa sayang ni pada dia. tapi tak mengapa, dia selalu berada dengan saya. dia sering datang ke rumah untuk belajar bersama.

          Hari berganti hari kami mula menduduki darjah 6. peperiksaan UPSR akan kami tempuhi pada bulan Oktober akan datang. tidak lama lagi kami akan melangkah ke alam remaja. tak sabar rasa hati nak lepas dari UPSR. kami semakin rapat dengan tiap petang belajar di rumah saya. mama semakin sayang padanya. saya rasakan yang sama tapi disebabkan kami masih di sekolah rendah, saya tak rasakan perkara tersebut jadi sesuatu yang mustahil untuk saya katakan saya sayang dia. UPSR bermula. peperiksaan yang mencabar itu kami tempuhi dengan penuh berani. tapi apa kan daya, saya cuma dapat 4A dan 1B manakala dia memperoleh 5A. rasa malu itu timbul. mula menjauhkan diri dengannya.

          Pada kebiasaannya, kami akan berbasikal mengelilingi taman pada tiap petang. tetapi 2minggu selepas menerima keputusan, saya mula menjauhkan diri darinya. malu dengan keputusan UPSR yang tidak hebat seperti keputusannya. setiap petang juga dia tidak pernah lupa untuk datang ke rumah mengajak saya berbasikal bersama. pada Adeka mungkin tak ada apa mengenai keputusan tersebut. berkali mama memujuk ku untuk bertemu dengan adeka. aku menolak.

          Sekolah menengah sudah pun bermula. aku berada di tingkatan 1 SMK Taman Daya. pada mulanya agak kekok dengan persekitaran sekolah yang baru. tetapi semakin lama semakin okay. aku dan Adeka bergaul seperti biasa. ada yang bertanya adakah aku dan Adeka adik beradik ataupun couple. Adeka hanya menjawab adik beradik. benar. sememangnya kami rapat seperti adik beradik. ada perempuan yang cemburu apabila Adeka sering mendekati saya.

          Lama kelamaan kami semakin renggang. Adeka sering bersama rakan lelakinya Fikri, Izzal dan Sharil. balik dari sekolah, kami tak lagi bersama. kadang kala saya ditinggalkan di belakang. dia memecut laju untuk berbasikal bersama rakan rakannya. sememangnya hubungan kami renggang. dia tidak lagi datang ke rumah untuk mengajak saya bermain basikal bersama. mulai saat itu saya mula berkawan dengan Fika, Asri dan Ikmal. kemana sahaja memang saya akan bertiga bersama mereka. balik sekolah, ke sekolah mahupun belajar bersama.

          Setahun berlalu. setahun sudah aku tidak bersama ataupun berbual dengan Adeka. sungguh aku rindu untuk berbual dengannya. aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh. entah mengapa, pada suatu hari dia datang mendekati saya dengan berbekalkan coklat ditangan. dia menghulur coklat tersebut padaku dan mengatakan dia minta maaf kerana mengabaikan saya selama setahun lebih. dia benar benar meinta maaf atas kesilapannya. kerana rasa sayang, saya maafkan salahnya. kami mula berkawan seperti biasa. Saya tahu sebabnya mereka berpecah dan tidak menerima Adeka segai ahli kumpulan mereka, kerana Adeka menolak untuk merokok. Ikmal menceritakan segalanya padaku kerana dia melihat kejadian Adeka dipukul oleh rakan rakannya apabila menolak untuk merokok.

          Result PMR kami cemerlang. kami berada dalam kelas yang sama. gembira rasa hati kerana sekelas dengannya. orang yang saya sayang. tetapi takdir menentukan dia perlu pergi. semasa saya hendak melintas jalan dia dari seberang memberi isyarat tangan suapaya saya menunggunya menyeberang dan kami akan lintas bersama. teruja aku menunggunya. sewaktu dia melintas jalan tanpa disangka, dia dilanggar sebuah kereta. tak mampu lakukan apa apa. saya terus berlari kearahnya. meletakkan kepalanya dipangkuan. tangisan mencurah curah sama laju dengan darah yang mengalir dari kepalanya. dia mendongak dan memandang wajahku. kata kata yang saya langsung tak sangka akan disebut olehnya "saya sayang awak Ayu" setengah minit kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. sememangnya dia yang saya sayang. dan takkan saya lupakan Izzaq Adeka sampai bila bila.

lebih kurang begini lah ceritanya. ada yang ditambah tambah ikut perasaan saya yang sekarang ni. 
sekian. assalamualaikum. 

Saturday, March 31, 2012

Saat Saat Maulidur Rasul

assalamualaikum readers. . .

saja letakkan selingan gambar owner blog ni. haha. kay. thats me. 
Nurul Hidayu Binti Mohd Hakim.
Live In The Coolest Way And You'll Find Your Star

penatnyeeeeeee semalam. kay memang penat. sharitu stay kat sekolah sebab join rewang untuk Maulidur Rasul harini. huh! naik krem tangan kanan ni sebab pegang pisau and banyak sangat potong daun pandan. kay. lembik betul. haha. 

be with friends are the second best moment i ever had.

yeah! i love my them :)

so, ni adalah sedikit gambar yang dapat di upload kat blog ni. tak larat nak taip panjang panjang.

because
THERE A STORY IN EVERY IMAGE

snap by :
Canon 1000D

1. 
Wany, Zura, Farah and Ayu
semua nampak gembira tapi hati? hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.
pape pun! aku sayang korang! 
tolong terharu yeee. haha kay >_<

2. 
turutan macam yang kat atas jugak. agak blur sebab guna manual focus and killa tak tahu nak adjust manual focus tersebut.
btw thanks jugak kay.
hayy! kenapa aku nampak macam menyelit dalam pic ni? 

*nyanyi nyanyi*

"ini tidak adil tidak adil" 

3.
Farah. si pemalu bila orang tenung mata dia. snap by Zura. bila panggil, dia terus pandang and terus lah snap. ahaha. kau comel weh. you deserve better than him. take note :)

4. 
see this two girls. kelihatan comel berdua. kay! haha.
yang Merah tu Dyan and yang Biru tu confirm lah Farah kan. Api dan Air ayu bagi gelaran kat mereka. yelaa manakah tidaknya merah dan biru kan. haha.

5.
makan makan makan dan makan. seingat ayu lah, ada dengar ayat ni sebelum snap gambar mereka ni makan.

"eh, amek la gambar kitaorang yang tengah makan ni"

haaa kalau tak silap ni lah ayat yang ayu dengar. tapi tak pasti siapa yang cakap uh. hahaha XD

6.
Zura and Wani. haha kay. zura seboleh boleh kata dia tinggi. kay zura. tinggi lah jugak. tapi dalam gambar ni tak nampak sangat pun tinggi dia. XD hahahah

7.
this is zura and me. okay. saya sedar saya gemuk. hhi XD tapi gemuk gemuk saya, saya comel!! okay dah. haha. zura, anda masih rendah disebelah saya.

8.
alololo XD look comel okay budak dua orang ni.

9.
otototo omey omey omey :) sedang membahagikan makanan untuk pemenang saguhati bina Maulud ye? haha XD

10. 
nahhh! Hafis Zul Helmi nak sangat tengok gambar dia ni haaa.. sorry la, tak pandai edit gambar sangat. haha XD ini adalah pemenang Johan pertandingan Kain Rentang untuk Maulidur Rasul SMKTD 2012

11.
suuuuuwwwweeeetttt! bila fight tak hengat dunia. bila baik sampai ke langit indahnya.
hahahah. kay aku gurau. jangan ada yang hari isnin ni tepuk aku lak aeh..

12.
okay last pic. me and Rafie. rakan since ayu kecik. haha. kalau ingat lah balik kan, masa dulu dulu dia ni rendah je. lagi rendah dari ayu kay. haha. tapi tak tahu pulak laa sekarang ni dia lagi tinggi dari ayu. dan agak terkejut ahh sebab dia boleh tinggi sampai macam ni. and kalau berbual dengan dia ni, memang tak gheti berhenti langsung. ada aje topic dia nak berbual. pendek kata memang kuat bercakap. haha.

kay Rafie. sorry banyak pulak description pasal kau. hhi XD

today 1st April. everyone knows that. soo, apa yang indah buat korang pada hari ni? pastinya ada yang indah kan? terutamanya buat rakan ayu yang nama

NURUL SYAZWANY BINTI MD JALIL 

Happy Birthday rakan. nanti aku buat entry yang pasal kau punya birthday tu kayh. dah ada idea and tinggal post it. pape pun aku tetap nak wish untuk kau.

HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU.
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan Goodluck for your SPM. agar kau tak rasa serik berkawan dengan kami yang telah mendajalkan kau pada hari Rabu bersamaan 28hb3thn2012 yang lepas.
have a great day. and enjoy your day...

p/s: berhenti beri harapan bila kau dah buang orang tu dari hidup kau.
baiklah itu sahaja. thanks for reading. kbye bye dear readers.
assalamualaikum.

Monday, March 19, 2012

Ku Sebut Namamu Disetiap Doaku

assalamualaikum readers...
petang yang mengasyikkan ni, ayu ada satu cerita..
nak tahu cerita apa?
kalau tak nak takpe. tiada paksaan sama sekali.. 
nak tahu? kalau nak, meh sini duduk sebelah baca bog ni sama sama. .

*lap air mata pakai tuala goodmorning*

okay! kasarnya laaa hai tuala tu. merah muka ni dah. susahnya nak lupakan someone yang kita sayang kan? susahnya nak buang dia jauh jauh dari ingatan kan? agree? angkat tangan tinggi. okay dah turunkan tangan anda. bukan lah semua orang macam tu. mungkin ada yang senang nak move on tu kan. so thats good for you.

me? i'm the one yang susah nak move on bila hati masih berharap pada si dia. tapi bila dah baca last im dia pada ayu. ayu rasa ye tu memang keputusan dia. ayu hormat keputusan tu. ada salah ayu jugak kat situ. tertera jelas dan terang terang salah ayu kat situ. STATUS kat fb ayu tu. sebab rasa marah and rasa kecewa ayu, ayu buat status tu. status yang dia copy balik tu.

awak sedar satu perkara? satu perkara yang saya pernah ucap pada awak masa 7.7.11 yang lalu.
'saya suka awak ****'
yeee, saya ingat lagi perkara tu. saya ingat lagi segala apa yang awak katakan malam tu. sungguh bila tiap kali saya kena takanan dari E***, saya rasa down. saya rasa awak tak sayang saya lagi. berkali awak, dia beri tekanan pada saya sampai bagi text. sampai buat saya down habis and buat keputusan untuk break dengan awak. la haiii sayang. kalau la awak dapat baca blog ni, semestinya awak dah tak ada perasaan kat saya lagi kan? takpe laa, saya terima. seadanya saya terima.

mungkin bercinta dengan awak bukan yang kekal untuk saya walaupun banyak kan angan anagn semasa couple tu. haha XD saya ingat awak , saya ingat.

*kesat air mata*

sungguh laaa awak. hai laaaa saya pun tak tahu nak type apa lagi pasal awak. cuma yang saya tahu, awak dah tak ada dalam hidup saya. saya pun dah tak ada dalam hidup awak. adil kan? adil adil adil!

*angguk kepala*

dah laa, saya pun tak nak terang bende alah ni pepanjang. cuma awak akan jadi satu kenangan indah buat saya Muhammad Adha Bin Shamsuddin. akan aku sebut namamu dalam doaku selagi hati aku belum terbuka untuk lelaki lain :')

*lap peluh yang bercampur air mata*
lolx! serabai kan

nway, ayu dah deactive accout FB ayu tu. dah tak nak ada kena mengena dengan FB dah. tapi last last tu FB ada pesan..
"we hope you will be back"
hahahahahaahah! weh FB, kau nak rendu aku ke? beruntung aku FB rendu. haha

thanks to my friend
@ara_ziha and @syazwanyjalil
both of you memang penguat semngat aku. alamak! terharu tak?
haha. tak terharu? kay takpe takpe

*hempas keyboard*

selagi adanya korang, adalah semangat aku nak happy happy bagai. kalau tak ada, ntah laa. lagi pun korang laa yang selalu support aku kan.

First Thing : yang kotak merah tu
yeah! mereka lah yang dua orang tu haaaa. see ayat mereka begitu memahami. thanks kawan XD
agar aku dapat gembira kembali seperti dulu.

Second Thing : yang kotak biru tu
ayat tu, ayat yang sering bertugar ganti. andai kata ayu yang down Wany memang akan bagi ayat macam tu. Bila dia yang down, ayu akan kata perkara yang sama. macam Wany pernah kata kat Fb dulu

"keluar rumah menangis dalam hujan dan takkan ada sesiapa yang tahu kau tengah menangis"

tu kot ayat dia. tah laa ayu pun tak berapa pasti. tapi lebih kurang laa. sebab masa tu tengah sibuk musim hujan. hew hew.

Third Thing : yang kotak hijau tu
yang tu abaikan! saja nak kotakkan. act aku minat twitfamous Didi Whoa nii. nak tergelak kalau baca blog dia. har har har XD apa yang dia retweet tu abaikan sahaja!

 ni haaa, nak tunjuk sikit. bukan nak berlagak okay! tapi nak show off sikit


seee what i see? Tasha Shilla reply tweet waaa beb! XD har har har.

kdah. ayu pun dah nak sambung tweet ni.
pape pun.
Jatuh Dalam Harapan Itu Sebenarnya Kekecewaan Hati.
assalamualaikum sayang....

Sunday, March 18, 2012

Kenangan Itu Iktibar, Masa Hadapan Itu Doa

haaaaaluuuuu assalamualaikum.
wahh tajuk. jiwang karat nak mati ahh beb.
haha. okay title tu memang ada kena mngena dengan post kali ni

*check phone*

hokay! tiada text yang masuk. back hadap bloggie.
haaa. wanna know what? semalam kan kat tv kan kan ada cerita


"Warkah Cinta Mat Rock"


Wuuu n.nY
teringat lah seorang hamba allah ni. wa pun text lah dia suruh tengok. haha


*terasa bodoh time tu*


then then then then! dia tak reply! haha. sangat bodoh kan kan kan? haha. kay kay ayu tahu. tapi kebodohan tu tak halang untuk ayu hantar text tu pada dia. takpe lah. dia memang selalu pun tak reply text ayu.


*tepuk sebelah tangan*


haaa. tengok lah cerita tu sampai ending nya. akhirnya cerita tu happy ending. tapi ayu ada gak nangis auu tengok cerita tu. laa, lek ahh! wa budak ada taman gak hati ni.

"Wa Cinta Sama Lu Nina"

pehhh! ayu yang kat luar TV ni haa yang terasa syokk. cair beb time tu.
haha. okay memang biul laa kan. cerita je kot tapi terasa sampai dalam hati. haha.
then ayu pun dah nak masuk tidur. lock bilik apa semua. dah siap siap nak tidur. tinggal off lampu je. then......

*tutup lampu*

okay. dah gelap dah bilik. dah boleh tidur laa kan? hhi.
sedang sedang melayan mata nak tidur, ada satu text masuk kat phone.

*senyum sampai telinga*

tapi lepas baca

*berjurai air mata kat pipi yang tembam ni haa*

why? nak tahu kenapa? sini baca text ni.

haaa seee? dah baca? ayu tak nak btau siapa yang send text ni. no name kan? act ayu dah buang nama dia dari contact.
kalau Lu mampu hantar text ni pada Gua. Gua mampu ahh nak buang Lu dari hidup Gua.
 pasal text ni memang dah boleh buat air mata ayu berjurai la. apa yang memusykilkan ayu lagi. 2ayat tu haaa.


number tu number dia tapi pehal laaa plak
"bagi peluang sikit la untuk DIA fcus." ? ? ? ? ? ?

kay kay kay! tak payah ingatkan pasal SPM. aku tahu ahh tugas aku.
just nak berkawan je. ingat aku text tu sebab nak mintak simpati supaya kau couple balik dengan aku ke apa bro?
gua nak berkawan je beb. padah lu hantar text macam ni.

"lepas SPM nnti USHA DIA balik"
woo woo woo! gua usha dia? aku usha dia? salah orang laa. aku perempuan wehhh.
ingat aku tak tahu malu nak usha dia? siapa lelaki sekarang ni? fikir balik SEBELUM SENT text uh boleh?!
akal tu biar panjang sikit lain kali.

"dulu SAYA lepas SPM jugak DIA cari balik"
okay okay! kau ni siapa sebenarnya? siapa yang guna phone kau untuk text aku macam ni?
siap ahh siapa? sekalipun kalau kau yang reka text ni and sent kat aku. aku terima.
dengan terbukanya hati ni aku terima. sangat sangat aku terima.

okay laa. au tak nak laa nanti orang kata ayu ni nak jatuhkan air muka orang. tapi ingatlah perasaan orang sikit lain kali. aku ni manusia. bukan haiwan or benda.

*usap dada sendiri*


*istighfar*


haa. petang tadi hantar abang kat bus stand Larkin. hantar budak2 band apa ntah. hew hew. meh sini tengok gambar ni.....


haaa seee! ni lah mereka. hew hew. yang baju hijau tu handsome kan. umur baru 25 tapi besar nya mak ai..
mereka ni semua dari Sweeden nak masuk S'pore. ada show. yang topi biru belakang tu. yang pegang camera tu alaa kesian je dia. nak bergambar tapi kawan dia kata dah lambat.

soooo. ni jelah post kali ni. banyak pulak menaip nya kan. hhi. alaa dah lama dah update gini laa jadinya.
pape pun.
kenangan itu iktibar, masa hadapan itu doa :)
assalamualaikum readers.
byebyebye

Saturday, March 17, 2012

Lagu Kat Blog

okay okay! tajuk tu abaikan sahaja. dah lama dah lagu uh. cuma malas nak update.
biarkan sahaja. selagi hati belum terubat, selagi tu la lagu takkan bertukar.
mungkin agak bodoh berharap tu kan. but for me, kalau sayang, kita kena sanggup berharap.
lagipun memang salah me yang lepaskan dia. 
me yang tak sanggup tanggung risiko asyik kena ganggu je. rimas and me yang membazir air mata.
okay. me on ni sebenarnya saja nak update blog yang dah berhabuk habuk ni haaa. 
dah lebih sebulan jugak tak update kan. since kisah yang 6HB2THN12 uh. hhi >.<

 okay lupakan. sekarang ni tengah sibuk buat text Forum. 
pertandingannya nanti 24 ke 22 hb ni. tak pasti la. 
yang farah kata 24 yang zura kata 22. yang yang penting antara dua tarikh tu.
okay! please wish me luck okay my dear readers. 
dengar senang lahh "saya masuk Forum" 
tapi korang tahu tak macam mana masa pertandingan tu nanti? 
ohmy ohhmy ohhhmy! dup dap dup dap jantung atas pentas. okay! sendiri pun tak dapat nak bayangkan macam mana me atas pentas nanti. O.O please jangan bayangkan okay. pleasee jangan. 
buruk okay muka me kalau sedang menggelabah. 
terasa macam nak tukar lagu kat blog sebab sendiri menangis bila bukak blog. haha. kay ayu kay! rilex. tarik nafas, hembus. tarik nafas hembus. duduk diam tangan menaip. 

tengah tengah menaip ni ada pulak text masuk. 

nah!  Zura Zulaika yang text. 

"ayu. awak dengan Farah eh?"

"tak la. kenapa?"

"tanya je" 

haha. tak dapat nak keluar dengan mereka sebab text forum belum siap lagi. hew hew hew. 
okay laa. mereka untung laaaaaa dapat keluar harini. me duduk rumah layan blog and twitter je jah :D
okay la. nak post gambar jap. as a kenangan. 
jum tengok satu satu :D

okay! tembam kan? kan kan? okay diam. jangan laa gelakkan me XD

ni masa last day kelas tambahan. sedang apa? sedang mengadap telefon BERTWEETING :D

 oupsss! apa ni apa ni Eqha? apa ni!!! hahah XD 

 ouh again! apa ni?! kebiullan last day kelas tambahan kan. biasa lah ni. dah form 5 kot >.<

haha. yang ni me masih bertweeting la. Zura kerja dia posing je. Keyla buat apa? main tudung me. haha >.< 

"ouh sedapnyaaaaaaaa" okay yang ini sangat sangat Candid. nak tahu siapa yang snap? 
Jayne yang bertanggungjawab terhadap gambar ni. hew hew 

 yang dua orang ni. Akmal and Iema. mal tengok apa yang Iema makan kot. ntah la. hhi 

me? tembam nyaaaa okay. dah.  

tengok tuuuu Zura Zulaika. happening nya dia. dia memang pantang ada camera. 
me gemuk? kay kay! me tahu :P 

seee! Zura again. haha. peace Zura peaceee (Y) 

 ouh dia sangat control macho. Mal pleasee! your not macho at all. haha. okay joke >.<

yang ni? okay. ni Rafiee Shah. sebelum snap gambar dengan dia, me ada cakap 
"alahhhh! tinggi ke kau nak diri sebelah aku?"
malu nyaaaaa bila tengok dia tinggi. hhi >.< dia siap buka lagi crocs dia semata mata nak nampak pure yang dia memang tinggi.
eee gedik! haha.

OKAY! I'M DONE HERE. BYEBYE. SEE YA NEXT TIME
assalamualaikum..

Sunday, February 5, 2012

Tujuh Tujuh Dua Ribu Sebelas

assalamualaikum. 
dah lama sangat kan tak update blog? sorry la, sibuk dengan hal lain. 
yang ayu pasti tak ada orang kisah pun. kalau ada yang kisah. thanks sangat okay dear. 

7 Julai 2011 / 7.7.2011
see tajuk tu? 
tarikh apa tu? hhi. nak tahu? scroll and baca yang kat bawah ni tau.. tapi ayu tak salahkan dia. ayu tak salahkan sesiapa pun dalam hal ni. mungkin memang bukan untuk kitaorang bersama. bukan untuk ayu dengan dia. esuk sepatutnya genap kitaorang 7bulan. lawa tak tarikh tu? hhi :) 

7 bulan pada 7.2.2012 starting 7.7.2011 
tapi tak sempat 7 bulan
baru 6 bulan 30 hari. itu lah ayu type tadi, sepatutnya esuk 7bulan. tapi harini 6.2.2012 . tak kesampaian. tak sempat langsung. bazir kan 1hari tu? ingatkan esuk nak suprise kan dia, nak nyanyi untuk dia sebab dah 7bulan. tapi tak apa lah ayu. bukan kau untuk dia. tolong terima ye ayu. tolong lah terima. ada yang lebih layak untuk dia. dan yang pasti, bukan ayu. bukan NURUL HIDAYU BINTI MOHD HAKIM ni haaaa. 

awak. 
thanks for this 6 month and 30 days we had together. kita pernah jupa! yes! pernah pernah. ingat lagi kan 7 November 2011 / 7.11.2011 ingat tarikh tu kan? masa tu kita keluar saya amek tarikh tu sebab tu kita dah 5 bulan. speechless nya saya time jumpa awak tu. sampai jadi salah faham sebab saya salah sangka tu kan? hhi :) saya ingat lagi semua tu. saya tak nak lupa tarikh tarikh ni. sebab awak yang paling saya sayang. kalau awak tanya kawan-kawan saya pun, saya rasa diaorang tahu sayan sayang awak. tapi nak buat macam mana. huh! kita keluar sama-sama masa tu tengok OMBAK RINDU. hhi. Allah! sweetnya cerita tu. saya tak sangka pulak boleh jadi macam tu kan akhir cerita nya. sedihnya. tapi saya tak boleh nak nangis. sebab awak kat sebelah. yelah! malu tau tak nak nangis sebelah awak. nanti awak kata saya gembeng. 

awak..
belajar rajin rajin tau. jangan malas okay? jangan asyik nak pergi memancing je. 
kalau exam uh jangan lupa bukak buku. maksudnya baca, bukan bukak selak selak macam yang awak selalu buat tu :)
phone tu jangan lah main campak campak je. 
awak takut main bowling aeh? hhi. jangan ah cetu. best lah main bowling ni. 
saya tak nak pesan sangat kat awak. awak pun dah nak 19tahun kan. 

awak awak! 
saya tak nak lupakan awak boleh?
saya nak sayang awak sampai bila bila boleh? 
saya nak rindu awak boleh? 
saya tak nak cari pengganti awak boleh? 

7.7.2011 / 7.11.2011 / 6/2/2012
okay laa awak. saya tak nak ingat sangat. nanti mata saya macam orang kena tumbuk. 
nanti jadi macam ni O.O 
tak lawa nanti kan? 
okay. ini saya. saya yang sayangkan awak. 
Ayu! berhenti menaip boleh tak? sudah sudah ahh. 
oaky okay. last laa last kay?
Saya Undur Diri Ye Encik Biskut. 
assalamualaikum.