Saturday, July 21, 2012

Tumpang Lalu *Bazar Ramadan*

Assalamualaikum. . . . 

ada yang menunggu post ni? kayh abaikan kalau tak. act dah tertunda dah post ni dekat 3hari. 
idea tak membuak buak seperti mana yang ayu fikirkan. mungkin sebab kepenatan. 
ayu buat post ni atas bantuan 27 orang kawan dari Facebook dan rakan Sekolah.
ada yang on the spot bagi jawapan. ada yang tertanya tanya kenapa ayu tetiba bagi soalan
"Apa makanan pilihan kau kalau g Bazar?"

ada yang tanya ayu
"kenapa? kau nak bukak bazar ke?"

see! memang ayu bukak bazar. bazar blog! haha. atas bantuan korang, ayu dapat la buat post kali ni. 
kalau tahun lepas ayu mintak pendapat beberapa orang kawan untuk post "Top 5 Kuih raya di Hari Raya"
untuk Ramadan kali ni ayu mintak pendapat 27 orang tu untuk juadah berbuka puasa yang dibeli jika ke bazar .
berdasarkan soalan ayu, lebih dari 5 orang jawab soalan uh dengan jawapan yang sama. thanks pada yang bagi jawapan. tapi ayu amek 3je untuk dibincangkan kenapa pilih makanan tu. 
lets see siapa yang bari jawapan untuk post ni. . . . 

Adib Rahman - Martabak , Bubur Lambuk
Afiq Muliadi - Kuih Pelita
Wan Mahadzir - Martabak
Nurul Syahidah - Nasi Ambang
Farah Ziha - Nasi Ambang , Kuih Seri Muka
Hazim Baharin - Ayam Percik , Martabak
Ewan - Ayam Percik
Nurul Md. Jalil - Roti John
Idzwan Ramli - Kebab
Hafis Zul Helmi - Pau Sambal , Ayam Percik , Kebab
Faizul - Karipap , Kebab
Natasha Nadzirah - Ikan Pari Bakar
Ayim Mazlan - Ayam Percik , Ikan Pari Bakar , Ayam Goreng , Nasi Goreng Ayam
Ernawatie - Martabak
Fahimah Farid - Laksa Penang
Hasrain - Martabak , Ayam Percik
Siti Nur Fathin - Martabak , Popia Basah
Farizah Johar - Nasi Beriani
Mohammed Said - Nasi Ambang
Afina Nadhirah - Kebab
Firdaus Zainudin - Ayam Percik
Teacher Rohaizad Adli - Martabak , Kuih Seri Muka
Friandika Irfandi - Ayam Percik
Shahrul Nizam - Ayam Percik , Roti Jala
Nazrul Rahmat - Kuih Muih
Nurul Shahidah - Kebab 
Akmal Al-Faris - Ayam Percik

see? tu semua 27 orang yang bagi respons untuk soalan yang ayu tanya. thanks yaww! ni ikut turutan. 
yang di'highlight uh yang paling banyak laa. nampak gayanya yang menduduki tangga teratas, Ayam Percik
but seriously, ayu jarang beli Ayam Percik tu and membuatkan ayu lupa apa rasa Ayam Percik tu. 
sedap ae? mesti la sedap kan. sebab tu la ramai pilih tu kalau g bazar. 
ayu just amek top 3 je. so, lets describe one by one. . . . 

Ayam Percik - 9 Orang
juadah yang pertama! ayam percik. maaflah tak letak gambar. semua pun boleh bayangkan macam mana rupa ayam percik kan? bulan puasa bohh! jangan bayang sangat okay. apa yang sedapnya ayam percik ni? act kalau bukan bulan puasa pun boleh kan makan ayam percik ni? tapi ikut selera masing2 la. 
tapi kalau tengok gambar and tengok ayam tu, memag boleh terliur laa. sedap bohh. panggang warna merah macam tu. tak tahu nak describe apa sangat pasal ayam ni. sebab ayu memang dah lama tak makan ayam merah ni. 

Martabak - 7 Orang
yang ni second tertinggi pilihan. no wonder la ramai yang suka makan martabak. memang sedap pun kan. martabak special yang banyak daging tu. pehh! sedap uh sedap sedap! 
ayu kalau nak makan martabak ni, bazar kat Kampung Melayu ahh. paling sedap ahh tu an. kat bazar yang ada kat Taman Daya ni ada tak jual martabak? ada an? okay! 
nak round ahh nanti. tapi, kalau dah berbuka dengan nasi. bila masanya korang nak makan martabak uh? mesti lah buka martabak je kan. tak ada lah nasinya kan. 
but for me, kalau buka martabak je pun dah mengenyangkan. beli dua keping, timpakan and potong 6. pehh, untuk 5 orang punya makan satu family ayu. baik baik baik! kuah nya lagi laa.
 kalau makan martabak tanpa kuah tak sah la an. lagi kalau banjirkan martabak uh dengan kuahnya. peehhhh sedap sehhhh *terbayang* 

Kebab - 5 Orang
kebab? hurmmmmm, tahun lepas ayu 5 kali ayu beli kebab kalau g bazar. kebab daging la paling sedap. kebab ayam ni kurang sikit. ayu pernah dapat kebab free. korang ada? haha. dapat free pun sebab yang buat kebab tu kawan ayah. kebab ni sedap kalau makan panas-panas an. baru rasa daging lembu yang merah panas dibakar atas kuali. rasa ahh umphhhh nya tu. pastu makan dengan bocor2 kat bawah roti tu. lagi lah menabahkan selera. ayu kalau makan kebab, kalau tak sememeh tumpah meleleh menjejeh kat baju tak sah. dan kebiasaannya ayu kena share kebab dengan adik -_-

Akhir Sekali!
sooooooooooo, tu lah Top 3 juadah pilihan yang dibeli sekiranya ke bazar ramadan. tak banyak sangat pun description yang ayu mampu buat. sekadar saje saje. ayu suka buat post berdasarkan pendapat orang. so, kalau ada pape pendapat, just let me know, and ayu akan try buat post tu. 

thats all laa untuk post kali ni. dah pukul 1pagi dah ni. nak tidur untuk bangun sahur pagi nanti. nak kejutkan Timun lagi. maaflah andai ada tersilap kata, tersasul bahasa, atau apa sahaja lah. 

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
LAKUKAN IBADAT DAN BUKANNYA ADAT.
ASSALAMUALAIKUM READERS :)

Friday, July 20, 2012

Assalamualaikum Ya Ramadhan

Assalamualaikum Ya Ramadan. .

Assalamualaikum Ya Sahabat. . 

Assalamualaikum Ya Umat Islam. .

Assalamualaikum Amalan Dan Segala Nikmat Allah S.W.T. . 

Ahlan Ya Ramadan,
Puasa ini hadiah daripada-Nya,
Amalan dan Ibadat yang aku lakukan,
Agar diterima mulia disisi-Nya.

21 Julai 2012 yang bersamaan dengan 1 Ramadan 1433 Hijrah
Bermualanya Bulan Puasa Iaitu Bulan Ramadan.

semua pun dah tengok tv kan semalam? nak ulang ke tengok Pengumuman Puasa tahun ni? nak? jom kita view jap Pengumuman Puasa semalam.
see! Alhamdulillah bulan Puasa dah menjemput kita buat amal dan perbanyakkan amal dalam diri. Bila bulan puasa ni, syaitan syaitan semua diikat. Haaa! Kalau ada yang SENGAJA PONTENG PUASA uh bukan hasutan syaitan tapi nafsu tau. 
dalam bulan Ramadan ni, kita banyak banyakkan lah berzikir. puasa okay puasa! 
nak berceramah kat sini kang orang menyampah pulak nak baca, almaklumlah sya ni bukan ustazah. masing-masing pun dah dengar macam macam ceramah kan sebelum tibanya bulan puasa ni? bagus lah, semoga semuanya dapat apa yang disampaikan dengan jelas dan lengkap.
ni first post untuk Bulan Ramadan. 
bagi yang menunggu berkenaan dengan MAKANAN PILIHAN JIKA KE BAZAR, tunggu post satu lagi :)
btw, Selamat Berpuasa bagi Seluruh Umat Islam.