Thursday, February 28, 2013

Kecelaruan Fikiran Remaja

hm. hentah laaaa! memang aku tak nak fikir tapi aku kena fikir. aku rasa macam nak terkeluar jantung ni dari rangka bila teringat pasal result SPM. ahhh! bukan aku tak yakin tapi rasa risau tu ada dalam diri. aku tak sebijak orang lain tapi aku ada keyakinan. biarlah tak sebagus mana, asalkan keputusan tu dapat tampung kehidupan aku dan capai cita-cita dah alhamdulillah.

I am a negative thinker. Damn negative. So i don't wanna know when the SPM result will be announce. Just keep on pray for it. i mean the result :)

since 28Feb2013, aku dah bukak tirai baru. weyyy babak 3 aku confirm! aku lagi best dari dulu. 

jauhhhh terbang melayangggggg bila ingatkan diri aku ni bukan lagi pelajar sekolah. bangun pagi pun masih lagi dengar dengkuran diri sendiri.orang kata duduk rumah besarkan badan sajaaaa. ehh yang besar pun aku, bukan kau. diam sajaaaa sudah.

bukan tak pernah dengar suara suara sumbang yang cuba mengutuk aku ni. haihh! dah naik jemu jelak muntah darah pelangi tujuh warna dah bosan mendengarnya. selama cuti start bulan 2 aku cuma online Sini Budak Sengal Punya Twitter dengan Sini Budak Poyo Punya Facebook. paling paling pun pergi tengok bola kat Stadium Larkin. ituuuuuu punnnn kalau ada Johor Darul Takzim lawan.

ku selalu berasingan jauh, dan ku biarkan mulut celakamu, kan ku tunggu tunggu kebenaran ditentukan padaku, padamu, pada mereka yang setuju.

kadang kadang datang gila aku, semua orang aku sakat. memang kita tak ada hak nak tutup mulut orang. kena kutuk, kena bentak kena macam2 lagi.. tapi kita kena kuatkan semangat. even kena tipuuuuu sekalipun, hidup kita bukan guna nyawa dia tapi nyawa kita sendiri dan Allah yang tentu kan nyawa kita bila tamatnya. (wayyyyy sacarstic gilaaa) 

sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan menjak ni, aku rasa kehidupan aku macam lapang. ntah kenapa aku rasa bagus lah mcm ni. memang ada rasa kena tikam dari belakang. itu orang bodoh yang buat dan orang penakut yang buat. kalau pandai, dia akan tikam depan depan sebab dia berani untuk berdepan dengan kekalahan andai kata dia yang salah.

kita semua ada musuh. aku tahu sape musuh ketat kau. bukan nak kata aku ni bijak pandai dan memandai-mandai tapi percaya lah. aku tahu musuh ketat korang. sorang2 aku tahu. malahan musuh ketat kau musuh ketat aku juga. tak lain tak bukan SYAITAN la. aman aman! aku bergurau sajaaa. dah tajuk pun kecelaruan fikiran remaja.

kalau kau rasa, aku dah mula mengarut dah, boleh click pangkah tab. kikiki. aku mengisi perut blog ni dengan kebosanan. mana yang terlintas kat fikiran, aku taip je lah.

lagi satu kecelaruan yang berlaku, MUNGUMPAT! hoii yang ni bukan setakat orang tua tua yang dok "jom buat ketupat" time ada majlis2 yang perlukan mereka berkumpul, malahan kelongsong ketupat mengumpat dorang tu diisi dengan dosa dosa. alahh, bukan aku tak pernah buat, pernah memang pernah tapi tak laa over sangat. sekadar basah2kan bibir je. kehkehkeh. dah alang alang dorang buat ketupan tu, kalau rasa tak puas hati kau rebus je dorang. 


bukan niat aku nak mempolotik kan blog ni, tapi tapi tapi tapi! kadang kadang rasa bosan jugak, bukak burung biru, orang dok hangat critaaaa pasai politik, bukak muka buku pun sama politik jugak. biaq pi lah depaaaaa nak buat lagu mana pun. negara kita amalkan demokrasi kan? soo buat apa nak porak peranda kata itu ini. apa duit kerajaan kau telan jadi darah daging jugak. biasa lahh dah bagi ratus2 kat hangpa, bila hargaa naik sikit itu cara depa.. hang kerja swasta ka kerajaan kaa, duit kerajaan jugak. pasai pa nak heboh kecoh mcm ayam nak kena sembelih ni.


putih putih melati..... merah merah delima.... siapa yang baik hati.... pasti ku terimaaaaa....

ini je kot yang mampu aku mengarut untuk kali ni. jumpa lagi lain kali! :D 
Tabik Hormat! Assalamualaikum 

Monday, February 4, 2013

Jauh Perjalanan

hidup masih jauh. jauh ke hadapan untuk mencari kehidupan yang hakiki dan kebahagiaan akhirat yang kekal abadi. cukup umur aku 18tahun pada 30 Januari yang lalu. kini kehidupan lebih membimbangkan bila keputusan yang nak diumumkan semakin hampir.

kata orang betambah umur, semakin dekat dengan ajal. ya memang benar. benar sungguh.

remaja? ye aku masih remaja yang bergantung pada keluarga. makan, minum, pakaian dan tempat tinggal masih lagi dalam jagaan keluarga. bercinta? ouh cukuplah menjadi bodoh selama ini. tiba masa untuk aku bertemu dengannya, Allah akan aturkan semua. cuma mampu berdoa ditemukan dengan yang baik baik sahaja.

18tahun sudah menghadap dunia. 18tahun sudah memikul pahala dan dosa. 18tahun sudah menghirup udara yang segar dan adakalanya tak berapa nak sihat. mungkin ini jalan hidupku. ini jalan yang aku mampu lalui. ini jalan yang perlu aku jalani sepanjang perjalanan kehidupan menjadi remaja bernama Nurul Hidayu Binti Mohd Hakim.

cerita akan tentang kehidupan mungkin kau rasa kau lebih bahagia daripadaku. tapi aku pasti, kehidupan aku lebih bahagia dari sesiapa yang di luar sana. ahh biarkan, ini aku ini jalanku, ini yang aku mahu. terima kasih bagi yang memberi kesusahan, kepayahan dan kesenangan buatku selama ini. aku menghargainya! tanpa pencetus onar dan kebahagiaan, siapa lah aku kini.

2013 yang cara hidup baru. 2013 yang memberi kebahagiaan pada diri.

aku terima andai kata kau tak mahu mengenali aku. tetapi ketahuilah kau antara orang orang yang pernah mematangkan aku dengan pengalaman menjadi pelajar sekolah. akademik sahaja tak mampu mematangkan aku. tetapi dengan adanya kamu, aku rasa persekolahan ku lengkap bewarna warni dengan pengalaman manis, pahit dan masam masam manis.

TABIK HORMAT ! ASSALAMUALAIKUM