Monday, February 4, 2013

Jauh Perjalanan

hidup masih jauh. jauh ke hadapan untuk mencari kehidupan yang hakiki dan kebahagiaan akhirat yang kekal abadi. cukup umur aku 18tahun pada 30 Januari yang lalu. kini kehidupan lebih membimbangkan bila keputusan yang nak diumumkan semakin hampir.

kata orang betambah umur, semakin dekat dengan ajal. ya memang benar. benar sungguh.

remaja? ye aku masih remaja yang bergantung pada keluarga. makan, minum, pakaian dan tempat tinggal masih lagi dalam jagaan keluarga. bercinta? ouh cukuplah menjadi bodoh selama ini. tiba masa untuk aku bertemu dengannya, Allah akan aturkan semua. cuma mampu berdoa ditemukan dengan yang baik baik sahaja.

18tahun sudah menghadap dunia. 18tahun sudah memikul pahala dan dosa. 18tahun sudah menghirup udara yang segar dan adakalanya tak berapa nak sihat. mungkin ini jalan hidupku. ini jalan yang aku mampu lalui. ini jalan yang perlu aku jalani sepanjang perjalanan kehidupan menjadi remaja bernama Nurul Hidayu Binti Mohd Hakim.

cerita akan tentang kehidupan mungkin kau rasa kau lebih bahagia daripadaku. tapi aku pasti, kehidupan aku lebih bahagia dari sesiapa yang di luar sana. ahh biarkan, ini aku ini jalanku, ini yang aku mahu. terima kasih bagi yang memberi kesusahan, kepayahan dan kesenangan buatku selama ini. aku menghargainya! tanpa pencetus onar dan kebahagiaan, siapa lah aku kini.

2013 yang cara hidup baru. 2013 yang memberi kebahagiaan pada diri.

aku terima andai kata kau tak mahu mengenali aku. tetapi ketahuilah kau antara orang orang yang pernah mematangkan aku dengan pengalaman menjadi pelajar sekolah. akademik sahaja tak mampu mematangkan aku. tetapi dengan adanya kamu, aku rasa persekolahan ku lengkap bewarna warni dengan pengalaman manis, pahit dan masam masam manis.

TABIK HORMAT ! ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment