Tuesday, September 24, 2013

Sumpah Aku Kata

Aku Rindu Johor Bahru!

Memang orang kata best merantau jauh.
Tapi hati seksa siapa tahu?

Memang boleh hidup berdikari.
Tapi aku tahan rindu kau tahu?

Merantau dgn member rasa seronok?
Rasa penat menangis sbb rindu adalah.

Aku memang suka pergi jauh jauh kalau rasa ada masalah.
Tapi sakit yg aku rasa masa pergi jauh tu, Allah je tahu.

Aku rindu. Aku sakit tanggung rindu. Aku penat tanggung sayang. Aku penat pikul rsa berat tak dapat bersama.

Orang tengok aku bahagia mcm nak gila kat sini.
Org tgk aku tersenyum lembar post gambar dalam insta.
Tapi realitinya aku gembeng.
Aku lembik.
Aku jatuh nak tunggu waktu dapat jumpa.

Jujur sayang.
Jujur aku rindu senyumanmu.
Aku rindukan pelukmu.
Aku rindukan belaian manja kamu. Aku rindukan ciuman mesramu sebelum tidurku.

Mama. ROSIAH BINTI MOHD. Kakak rindu sangat kat mama. Kakak tak sabar nak balik Johor. Kakak nak peluk mama :'(

Tuesday, September 10, 2013

Kucar kacir hidup aku

Lengkapkah aku dengan ilmu?
Cukupkah aku dengan pengalaman?
Penuhkah aku dengan pengetahuan?
Kuatkah aku menghadapi cabaran?

Aku renung jauhhh dalam diri.
Kata orang reflex diri lebih senang memahami.
Tanya orang kau takkan puas hati.
Nilai diri sendri kau akan rasa kepuasan sanubari.

Andai kata tak cukup rasa.
Tambahkan apa yang patut utk kepuasan jiwa.
Hidup manusia tak bermakna sempurna segalanya.
Cacat jiwa atau akal? Tiada siapa yang memahami cerita hidup dia.

Kita bersuka ria riang gembira melihat org bahagia.
Tak pernah orang tahu dalamnya rasa luka.
Ikutkan hati nak saja aku rabakkan jiwa.
Biar kau tahu aku terasa seksa melihat kau dan dia.

Walking down the street. Waiting for a man to hold my hand and ask "do you need me to be with you until the end of the road?"

When im not aroud, i want you to be as good as what i thought. I get myself wrong when i put my trust in you. You hug another girl when i suddenly turn back.

Jarakkan diri dari rasa kecewa.
Perisai hati dri rasa cinta.
Bakar hati agar lebih kental jiwa.
Kuatkan iman untuk menempuh cabaran.

Selamat malam. Assalamualaikum :)

Wednesday, May 15, 2013

Hari Ketiga At KPJIC

Bahagia. Indah serta Terbuka menerima tiga hari pertama berada di KPJ International College.

Mula berdikari duduk hostel dengan housemate seramai 10orang (including me). Rimas? Hahahhah tak. Riuh Gila dan Seronok. Terasa bebas.

Bhai. Bebas? Tak ada nya. Aku masih dalam perhatian family. Setakat keluar jalan dkt kedai kedai luar tu boleh laa. Itu pun baru malam ni nak pergi.

Orentasi? Ahhhh biasa. Ddk dgr ceramah. Catat tak catat number 2. Terserah pada dri kau nak salin ke tidak. Bukan nyaaaaa cikgu nak tenung kau sampai terbeliak biji mata bagi isyarat suruh salin.

Lame. Itu setahun lalu. Abaikan. . . . Kini hidup sebagai remaja yang kna berdikari. Sambil sambil makan kari mamak dkt restoran dpn. Agagaga.

Nak pergi College? Biasaaa la jadi junior. Kna reging tu biasa. Kalau kau tak bangun pukul 4pagi dan tggu bus pukul 6.30 pagi, dan kau tak naik bus pertama elak kau takkan dapat tempat ddk dalam bus kedua dan ketiga. Tak dapat ddk aku boleh trima lagi kalau tak dpt naik terus? Kau kerah la poket kau naik teksi ke bus g College uh. Kalau kental, jalan kaki ahhhh.

Bagi aku yang baru tiga hari ni masih okeyyy laaa. Masih dapat tempat duduk lagi. Aagagagga.

Kayy ahhhhh night!

Friday, May 10, 2013

Selak Muka Baru

Orang kata jangan membenci atas sebab yang tak pasti.
Jangan hukum org secara membabi buta.
Jangan sumbat dia dalam penjara benci.
Jangan jadikan dia banduan untuk kita rasa bebas.
Jangan sebat dia dengan kemarahan.
Jangan gari dia dengan ketidakpastian.
Jangan heret dia dengan fitnah.
Jangan kurung dia dengan makian.

Aku gembira tapi gentar untuk menghadap muka baru buku 2013 ni. Sepatutnya tidur dah ni. Tapi aku takut untuk pejamkan mata. Sebab si celaka tak hbis2 muncul dalam lena.

Aku hapuskan segala benci terhadap kau. Aku bebaskan kau dari jadi tahanan dalam benak otak aku. Kau bukan lagi banduan kebencian. Tapi untuk trima kau balik, ianya suatu yang mustahil. Kemusnahan yang terjadi umpama tsunami dalam diri.

Aku berhenti. Aku diam. Aku berfikir. Kau hanya bayang yang akan aku abaikan. Sudah aku kosongkan kotak fikiran ini dari nama kau. Bermakna segalanya berakhir.

Muka baru 2013, aku harap suatu yang baik baik sahaja. Esok, aku akan mendaftarkan diri sebagai KPJ student. Diploma in Nursing. Doakan yanh terbaik buat aku :)

Bismillah.

Tuesday, April 30, 2013

Menyampah

Haha tajuk mintak lempang.

Memang orang kata tak baik MENYAMPAH dengan orang. Tapi in one sight pernah tak orang nak tanya knpa timbulnya perasaan MENYAMPAH uh?

Lol. Dah dijadikan diri sebaik baik orang kau buat perangai sampah uh. Memang mintak laa orang MENYAMPAH dgn kau. Cuba la bila diri tu elok, buat perangai elok elok. Sopan. Tak sombong. Pemurah dengan senyuman. Ini tidak muka menangkop mcm orang mati laki bila diminta pertolongan. Tapi bila jantan tegur pandai pulak kau nak menyengih. Nahhh kat situ da timbul 1punca orang MENYAMPAH dengan kau.

Bila jalan tu pandang la kiri kanan sikit. Jangan main jalan mcm orang buta. Ehh orang buta pun tau jalan elok tau. Awak yang sempurna penglihatan boleh lagi teruk jalannya. Its okay kalau terlanggar sekalipun tapi kenapa mulut tu berat sangat nak MINTA MAAF? Susah sgt ke nak sebut tu? Boleh muntah darah ek cakap "SAYA MINTA MAAF" ? Bukan setakat budak. Kadang orang dewasa pun sama. Dah terlanggar kita, ehh kita pulak ditenungnya mcm kita ni rampas laki ke bf dia. Nahhh kat sini da timbul perasaan MENYAMPAH lagi.

Next kalau tengah makan kat mna mana restaurant or warung ke mamak ke. Datang order makan. Dh sudah. Tak pyah laa datang merecehhh pepanjang pastu pandang pandang makanan orang. Pandang okay la. Ehhhhh dia tenung kita makan. And i was like "kau pehalllll!". Then bergurau senda 1 meja terpekik pekik. Yang lelaki okay. Kekadang yang perempuannyaa.saja nyaringkan suara time gurau. Nak trik perhatian lah konon. Selalu ayat yang aku dgr "Janganlahhh. Bagi Balikkk Sya Punya" "jahat laaa. Tak nak kawan" and ntah apa benda ntah lgi. Aduhhh cik adim ke akak kee jaga la attitude tu. Tatasusila tu jaga. Jgn malukan diri sendiri. Naik MENYAMPAH tgk or dgr mcm ni.

Dekat public area. Nahh ni lagi. Okay mmg semua orang bercinta. Yang baru khawin lain. Yang bercouple lain. Tapi hagak hagak laaa cik abg and cik adik. Tok sahhh laaa nak bermanja2 tgah tgah public. Ada masa tu aku kat Legoland. Okay aku admit mmg panas cuaca hariti tapiiii ada laa sepasang pengantin baru ni. Yelah baru jari berinai lagi. Mmg panas. Tapi tgah tengh gitu laaa dia tunjuk kemesraan dia berdua. MENYAMPAHHH siottt. Time tu laa nak lapkan peluh laki dia. Time tu la nak kesat2 muka laki dia. Hadoiii nyampah siaaaa. Aku rasa kalau korang kat tempat aku pun korang rasa perkara yang sama kannn. Haihhh.

Act. MENYAMPAH ni bukannya CEMBURU. Tapi! Kita rasa tak berkenan dgn kelakuan seseorang. Tapi jangan MENYAMPAH tak tentu pasal. Itu prob sendiri. Tapi kalau pada yang tertentu kita MENYAMPAH uhh memang patut lah. And! Jaga jaga. Bila rasa menyampah uhh istighfar laa banyak2. Kdg bila tak tahan uh terluah jugak. Tu da jd mengumpat or mengata and mengutuk.

Jadi lebih baik kita sama sama elakkan dari rasa mcm ni. Kan? Banyakkan bersabar.

Selamat Malam :)

Wednesday, April 24, 2013

Rojak Lagu

Tangisan dalam ketawa. Sedu sedan menjadi syair cinta. Terasa ingin ku sentuh bayanganmu.

Bila yang tertulis untukku. Adalah yang terbaik untukmu. Kan ku jadikan kau kenangan. Yang terindah dalam hidupku.

Walau raga kita terpisah jauh. Namun hati kita selalu dekat. Bila kau rindu pejamkan matamu dan rasakan aaaakuuuu

To young. To dumb. To realize.

Show me the meaning of being lonely. Is that the feeling i need to walk with. Tell me why i can't be there where you are. Theres something missing in my heart.

Im taking all that i learn from you. I make something i never do. I can't be who you are. You tought me how to break a heart.

I don't wanna close my eyes. I don't wanna fall asleep cause i miss you babe. And i don't wanna miss a thing. Cause even when i dream of you.

Jangan diucap selamat tinggal. Jangan kau ucap selamat tinggal. Kepada kuuuuu.

Aku terlanjur. Terlalu. Bergantung padamu. Jangan pergi. Jangan pergi. Jngan kau pergi. Ku tak ingin sendiri. Ku tak sanggup. Ku tak sanggup. Sungguh tak sanggup hidup tanpa cintamu.

Mula mula ku benar benar nak bercinta dgn iya iya. Tapi lama lama belangnya keluar. Rupa rupanya dia hnya suka suka.

Ku sedar ku tak seberapa jika dibanding mereka yang jauh lebih megah dari dri ini. Apa yang mampu ku berhias hanyalah ati yang ikhlas.

I'm not a perfect person.

You go talk to your friend. Talk to my friend. Talk to me. That we never ever ever ever getting back together.

I never gonna say goodbye. Cause i never wanna see you cry. I swore to you my love will remain. And i swear it all over again.

So get out get out get out my head. And fall in to my arms instead. I don't i don't don't know what it is. But i need that one thing.

I i love you like a love song baby.

Hanya engkau yang bisa. Hanya engkau yang tahu. Hanya engkau yang mengerti semua inginku.

Aku sedarku telah jatuh cinta. Dengannya hatiku terasa luar biasa. Aku tahu kau slalu curi lihat aku. Matamu jelaskan kau mahu.

Ku tak ingin lagi berjauhan. Usah kau hampiri lagi perpisahan. Seharusnya kau mengerti kasih. Hanya engkau dihatiku.

Hanya satu pintaku. Untukmu dan hidupmu. Baik baik sayang. Ada aku untukmu. Hanya satu pintaku. Di siang dan malam mu. Baik baik sayang. Karna aku untukmu.

Buka hatimu. Buka lah sedikit untukku. Sehingga diriku bisa memilikimu.

Ku tepiskan semua keraguan jiwa dan ku ganti dengan kepastian hati ku ini yang mulai mengerti dan berani tuk menyambut janji.

Walau ku masih mencintaimu. Ku harus meninggalkanmu. Ku harus melupakanmu. Meski hatiku menyayangimu. Nurani membutuhkanmu. Ku harus merelakanmu.

Dan hanyalah dirimu yang mampu memahamiku. Yang dapat mengerti aku. Ternyata dirinyalah. Yang sanggup menyanjungmu. Yang lama menyentuhmu. Bukanlah dirikuuuuuu.

SELAMAT MALAM :)

Tuesday, April 23, 2013

Melangkah Ke Alam Kolej

Ohooooooohoiiiiii! Baru punya masa nak update ini blog. Hanya melalui phone.

Malas nak on pc sebesar alam. Update nya tak kemana.

Aku. Nurul Hidayu Binti Mohd Hakim mencari dunia baru.
Mencari angin hidup dan nafas yang baru.
Mencari punca tawa yang baru.
Mencari destinasi indah yang baru bersama rakan yang baru.
Mencari ilmu baru yang sesuai dgn kehendak hati serta akal.
Mencari serta meneroka cara baru untuk hidup.

Menyelami hati sendiri untuk lebih berdikari ayam serta kambing. Hahahha. Tidak tidak. Hanya berdikari.

11May tarikhnya. 11May permulaannya. 11May wajahnya aku yang baru.

Ahhhh tak sabarnyaaaa nak start kat KPJ International College.

Panggil saya Aai or Ai. Ye saya. Saya Ai! Haiiii! Okay thats it!

Tuesday, March 12, 2013

Celaru Aku Keliru

masalah? problem? bebanan? siksaan? keraguan? apa lagi yang tak ditimpa oleh manusia dalam dunia ini?

semua manusia punya masalah. besar? kecik? sederhana? intu bukan masalahnya. tapi apa yang mereka pikul atas bahu mereka.

menjadi bebanan atas kepala. menjadi punca perubahan mental, fizikal dan emosi mereka. itu salah satu buat mereka rasa tak bahagia!

sumpah aku rindu. aku rindu untuk punya masalah seperti dulu. tapi tunggu duluu....

ahh sudah! gila punya masalah seperti dulu. memandang wajah yang menjadi punca fikiran aku bercelaru.

resah gelisah selagi aku berada di sekolah. rasa tak tenang. takut terpandang wajah si punca. takut hati aku memaki hamun.

andai saja aku memaki, pahala aku kurang. tak mahu menambah dosa freeeee. meronta meraung rasa hati ingin habis sekolah.

hampir setiap hari aku meronta ronta dalam hati untuk cepat habis sekolah. ahh! bodohh bila diingatkan balik!

hujung persekolahan aku pahit! celaka sungguh! tapi alhamdulillah aku dapat melangkah keluar pada hari terakhir dengan senyuman aku lemparkan pada Sahabat Aku.

aku keliru. adakah benar apa yang aku pinta?

fikiran aku celaru. apakah benar aku sudah bersedia keluar dari alam persekolahan?

biarlah! yang penting! aku bahagia tak punya masalah dengan perlu memandang wajah si celaka.

biarlah! yang penting! aku bahagia untuk tidak perlu menanggung dosa memaki hamun si celaka.

biar pun sudah dua tahun. biarpun sudah hampir setengah tahun. hati aku sakit. jiwa aku rosak!

remaja ku tak dapat dirasai nikmatnya. ahhh puaka!



Thursday, February 28, 2013

Kecelaruan Fikiran Remaja

hm. hentah laaaa! memang aku tak nak fikir tapi aku kena fikir. aku rasa macam nak terkeluar jantung ni dari rangka bila teringat pasal result SPM. ahhh! bukan aku tak yakin tapi rasa risau tu ada dalam diri. aku tak sebijak orang lain tapi aku ada keyakinan. biarlah tak sebagus mana, asalkan keputusan tu dapat tampung kehidupan aku dan capai cita-cita dah alhamdulillah.

I am a negative thinker. Damn negative. So i don't wanna know when the SPM result will be announce. Just keep on pray for it. i mean the result :)

since 28Feb2013, aku dah bukak tirai baru. weyyy babak 3 aku confirm! aku lagi best dari dulu. 

jauhhhh terbang melayangggggg bila ingatkan diri aku ni bukan lagi pelajar sekolah. bangun pagi pun masih lagi dengar dengkuran diri sendiri.orang kata duduk rumah besarkan badan sajaaaa. ehh yang besar pun aku, bukan kau. diam sajaaaa sudah.

bukan tak pernah dengar suara suara sumbang yang cuba mengutuk aku ni. haihh! dah naik jemu jelak muntah darah pelangi tujuh warna dah bosan mendengarnya. selama cuti start bulan 2 aku cuma online Sini Budak Sengal Punya Twitter dengan Sini Budak Poyo Punya Facebook. paling paling pun pergi tengok bola kat Stadium Larkin. ituuuuuu punnnn kalau ada Johor Darul Takzim lawan.

ku selalu berasingan jauh, dan ku biarkan mulut celakamu, kan ku tunggu tunggu kebenaran ditentukan padaku, padamu, pada mereka yang setuju.

kadang kadang datang gila aku, semua orang aku sakat. memang kita tak ada hak nak tutup mulut orang. kena kutuk, kena bentak kena macam2 lagi.. tapi kita kena kuatkan semangat. even kena tipuuuuu sekalipun, hidup kita bukan guna nyawa dia tapi nyawa kita sendiri dan Allah yang tentu kan nyawa kita bila tamatnya. (wayyyyy sacarstic gilaaa) 

sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan menjak ni, aku rasa kehidupan aku macam lapang. ntah kenapa aku rasa bagus lah mcm ni. memang ada rasa kena tikam dari belakang. itu orang bodoh yang buat dan orang penakut yang buat. kalau pandai, dia akan tikam depan depan sebab dia berani untuk berdepan dengan kekalahan andai kata dia yang salah.

kita semua ada musuh. aku tahu sape musuh ketat kau. bukan nak kata aku ni bijak pandai dan memandai-mandai tapi percaya lah. aku tahu musuh ketat korang. sorang2 aku tahu. malahan musuh ketat kau musuh ketat aku juga. tak lain tak bukan SYAITAN la. aman aman! aku bergurau sajaaa. dah tajuk pun kecelaruan fikiran remaja.

kalau kau rasa, aku dah mula mengarut dah, boleh click pangkah tab. kikiki. aku mengisi perut blog ni dengan kebosanan. mana yang terlintas kat fikiran, aku taip je lah.

lagi satu kecelaruan yang berlaku, MUNGUMPAT! hoii yang ni bukan setakat orang tua tua yang dok "jom buat ketupat" time ada majlis2 yang perlukan mereka berkumpul, malahan kelongsong ketupat mengumpat dorang tu diisi dengan dosa dosa. alahh, bukan aku tak pernah buat, pernah memang pernah tapi tak laa over sangat. sekadar basah2kan bibir je. kehkehkeh. dah alang alang dorang buat ketupan tu, kalau rasa tak puas hati kau rebus je dorang. 


bukan niat aku nak mempolotik kan blog ni, tapi tapi tapi tapi! kadang kadang rasa bosan jugak, bukak burung biru, orang dok hangat critaaaa pasai politik, bukak muka buku pun sama politik jugak. biaq pi lah depaaaaa nak buat lagu mana pun. negara kita amalkan demokrasi kan? soo buat apa nak porak peranda kata itu ini. apa duit kerajaan kau telan jadi darah daging jugak. biasa lahh dah bagi ratus2 kat hangpa, bila hargaa naik sikit itu cara depa.. hang kerja swasta ka kerajaan kaa, duit kerajaan jugak. pasai pa nak heboh kecoh mcm ayam nak kena sembelih ni.


putih putih melati..... merah merah delima.... siapa yang baik hati.... pasti ku terimaaaaa....

ini je kot yang mampu aku mengarut untuk kali ni. jumpa lagi lain kali! :D 
Tabik Hormat! Assalamualaikum 

Monday, February 4, 2013

Jauh Perjalanan

hidup masih jauh. jauh ke hadapan untuk mencari kehidupan yang hakiki dan kebahagiaan akhirat yang kekal abadi. cukup umur aku 18tahun pada 30 Januari yang lalu. kini kehidupan lebih membimbangkan bila keputusan yang nak diumumkan semakin hampir.

kata orang betambah umur, semakin dekat dengan ajal. ya memang benar. benar sungguh.

remaja? ye aku masih remaja yang bergantung pada keluarga. makan, minum, pakaian dan tempat tinggal masih lagi dalam jagaan keluarga. bercinta? ouh cukuplah menjadi bodoh selama ini. tiba masa untuk aku bertemu dengannya, Allah akan aturkan semua. cuma mampu berdoa ditemukan dengan yang baik baik sahaja.

18tahun sudah menghadap dunia. 18tahun sudah memikul pahala dan dosa. 18tahun sudah menghirup udara yang segar dan adakalanya tak berapa nak sihat. mungkin ini jalan hidupku. ini jalan yang aku mampu lalui. ini jalan yang perlu aku jalani sepanjang perjalanan kehidupan menjadi remaja bernama Nurul Hidayu Binti Mohd Hakim.

cerita akan tentang kehidupan mungkin kau rasa kau lebih bahagia daripadaku. tapi aku pasti, kehidupan aku lebih bahagia dari sesiapa yang di luar sana. ahh biarkan, ini aku ini jalanku, ini yang aku mahu. terima kasih bagi yang memberi kesusahan, kepayahan dan kesenangan buatku selama ini. aku menghargainya! tanpa pencetus onar dan kebahagiaan, siapa lah aku kini.

2013 yang cara hidup baru. 2013 yang memberi kebahagiaan pada diri.

aku terima andai kata kau tak mahu mengenali aku. tetapi ketahuilah kau antara orang orang yang pernah mematangkan aku dengan pengalaman menjadi pelajar sekolah. akademik sahaja tak mampu mematangkan aku. tetapi dengan adanya kamu, aku rasa persekolahan ku lengkap bewarna warni dengan pengalaman manis, pahit dan masam masam manis.

TABIK HORMAT ! ASSALAMUALAIKUM