Wednesday, May 15, 2013

Hari Ketiga At KPJIC

Bahagia. Indah serta Terbuka menerima tiga hari pertama berada di KPJ International College.

Mula berdikari duduk hostel dengan housemate seramai 10orang (including me). Rimas? Hahahhah tak. Riuh Gila dan Seronok. Terasa bebas.

Bhai. Bebas? Tak ada nya. Aku masih dalam perhatian family. Setakat keluar jalan dkt kedai kedai luar tu boleh laa. Itu pun baru malam ni nak pergi.

Orentasi? Ahhhh biasa. Ddk dgr ceramah. Catat tak catat number 2. Terserah pada dri kau nak salin ke tidak. Bukan nyaaaaa cikgu nak tenung kau sampai terbeliak biji mata bagi isyarat suruh salin.

Lame. Itu setahun lalu. Abaikan. . . . Kini hidup sebagai remaja yang kna berdikari. Sambil sambil makan kari mamak dkt restoran dpn. Agagaga.

Nak pergi College? Biasaaa la jadi junior. Kna reging tu biasa. Kalau kau tak bangun pukul 4pagi dan tggu bus pukul 6.30 pagi, dan kau tak naik bus pertama elak kau takkan dapat tempat ddk dalam bus kedua dan ketiga. Tak dapat ddk aku boleh trima lagi kalau tak dpt naik terus? Kau kerah la poket kau naik teksi ke bus g College uh. Kalau kental, jalan kaki ahhhh.

Bagi aku yang baru tiga hari ni masih okeyyy laaa. Masih dapat tempat duduk lagi. Aagagagga.

Kayy ahhhhh night!

Friday, May 10, 2013

Selak Muka Baru

Orang kata jangan membenci atas sebab yang tak pasti.
Jangan hukum org secara membabi buta.
Jangan sumbat dia dalam penjara benci.
Jangan jadikan dia banduan untuk kita rasa bebas.
Jangan sebat dia dengan kemarahan.
Jangan gari dia dengan ketidakpastian.
Jangan heret dia dengan fitnah.
Jangan kurung dia dengan makian.

Aku gembira tapi gentar untuk menghadap muka baru buku 2013 ni. Sepatutnya tidur dah ni. Tapi aku takut untuk pejamkan mata. Sebab si celaka tak hbis2 muncul dalam lena.

Aku hapuskan segala benci terhadap kau. Aku bebaskan kau dari jadi tahanan dalam benak otak aku. Kau bukan lagi banduan kebencian. Tapi untuk trima kau balik, ianya suatu yang mustahil. Kemusnahan yang terjadi umpama tsunami dalam diri.

Aku berhenti. Aku diam. Aku berfikir. Kau hanya bayang yang akan aku abaikan. Sudah aku kosongkan kotak fikiran ini dari nama kau. Bermakna segalanya berakhir.

Muka baru 2013, aku harap suatu yang baik baik sahaja. Esok, aku akan mendaftarkan diri sebagai KPJ student. Diploma in Nursing. Doakan yanh terbaik buat aku :)

Bismillah.