Monday, December 31, 2012

15 Safar 1434 :'(

assalamualaikum. .

kenapa awak tinggalkan saya? kenapa awak tinggalkan saya secepat ni? awak buat saya sayang awak. awak buat saya rindukan awak. tapi awak tinggalkan saya lepas tu. takpe. saya dah mula redha dengan pemergian awak. sebelum ni. 3hari saya macam jasad tak bernyawa bila dapat tahu awak dah tak ada. Wany, Killa, Afyni and Ummi jadi mangsa mendengar cerita yang saya sayang dan rindukan awak.

Ahmad Mikail Nazril....
saya tahu kita kenal tak lama. kita kenal tak sampai setahun. tapi saya suka kawan dengan awak, sampai lah saya dah tak sayang sape2 lagi pada 26 Muharam 1434 bersamaan 10 Disember 2012.

awak selalu teman saya text. awak selalu text saya. ntah! saya tak tahu kenapa saya suka text awak. sampai lah awak ada ajak couple masa 19 Disember 2012. tapi saya dah janji dengan kawan saya yang saya takkan couple sampai saya habis belajar.

saya ingat dapat kawan dengan awak sampai kita sama sama habis belajar. tapi, Allah lagi sayang awak. lebih menyayangi awak Mikail :')

masa saya dapat text dari awak 28 Disember 2012 tu, saya ingat awak nak text macam ni "aip! assalamualaikum ayu!" tapi apa yang ayu dapat text kata ada berita buruk tentang Mikail. ayu dah mula terdiam tak tahu nak buat apa. ayu reply jugak tanya kenapa. tapi ayu tak sangka adik Mikail reply dengan kata "abang saya Ahamad Mikail Nazril sudah meninggal dunia pada jam 8pagi tadi. saya tahu berita ini amat sukar untuk awak terima."

Allahuakbhar. ayu terus jatuh masa baca text tu. padahal pagi tu kita text kan Mikail? cuma ayu dah rasa tak sedap hati pasal Mikail dari last text yang Mikail hantar masa kita text tu. . ayu terus terjatuh dan terus menangis. ayu rasa lemah sangat bila dapat tahu yang Mikail dah tak ada. Allah je yang tahu betapa lemahnya ayu time tu.

"andainye hari esok tiada lagi untuk kita. Wujudkan hari semalam untuk kita berkasih. Mikail sayang ayu. masa yang singkat ni sangat bahagia untuk mikail. harap ayu bahagia kenal Mikail. Mikail sayang ayau. <3 simpan text ni tau" 

masa baca text ni pun tangan ayu sejuk sangat. ntah! ayu tak tahu kenapa! lepas je baca. ayu terus save text tu kat memory card. ayu tak boleh tidur. ayu baca semua conversation kita and ayu baca semua tweet2 kita. mention2 kita malam tu. ayu screen captured semuanya. dan ayu terlelap.






lepas dapat tahu berita tentang Mikail. adik Mikail call bgtahu lebih jelas tentang Mikail. ayu dah tak macam bernyawa time tu. rasa rindu ni makin mendalam. tu semua yang Mikail mention pasal ayu :) 

ayu suka yang kita main abc tu. tapi kita stop sampai huruf I je kan? ayu dah sambung dah and ayu stop sampai U je. tak nak sambung lagi :)


ayu selalu nangis bila baca mention ni. ayu tak rasa menyesal sebab tak trima untuk couple dengan awak. tapi ayu rasa bersyukur ayu dapat elakkan awak dari maksiat dunia sebelum Mikail pergi padanya. tapi ayu tahu dan kawan kawan pun cakap even awak pergi awal, tapi ayu tahu ayu orang Terakhir yang awak sayang. 

3hari ayu tak ada semangat. tiap kali terbangun dari tidur. ayu teringat text arwah. Ya Allah rindunya. mama and ayah ayu tak senang tengok ayu macam ni. tapi harini, ayu dah okay sikit. sebab tu ayu boleh update blog ni. 

text yang adik arwah hantar pada ayu masa tu, text tu dia kata ada dalam draft phone arwah. ayu tak nak bgtahu apa yang ada dalam text tu, sebab teringat sebaris ayat dalam text tu pun dah buat ayu teringat kat arwah! ayu rasa arwah tak ada pengganti buat masa ni. memang sebelum dengan arwah, ayu ada couple dengan 2 orang. tapi ayu mengaku ayu sayang arwah lebih dari mereka. 

masa yang singkat dalam perkenalan kita buat arwah jadi lebih istimewa dari mereka. tersangat istimewa dari mereka :') ayu cuma mampu sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. dan ayu nak sambut 2013 ni dengan bacaan yassin dan muhasabah diri untuk redha dengan pemergian arwah. 

Nurul Hidayu Sayang Ahmad Mikail Nazril

2013 :) aku berani meghadapkan diri dengan dugaanMu :) aku berani cekalkan hati dengan dugaan dariMu :)  kau kuatkan aku dengan cubaan yang paling besar pada 28 Disember 2012 :) 

ASSALAMUALAIKUM 2013 :)