Friday, May 18, 2012

A Big Smile For A Great Day

assalamualaikum.
tak ada apa yang boleh saya taip pepanjang kat sini.
hanya gambar menceritakan segala yang indah.
dan yang indah itu lah ciptaan Allah s.w.t.
enjoy yeah! hhi

 Tasik Adda pukul 4.00petang

 Tasik Adda pukul 4.30

 Syazwany Jalil

 Langit kat area Tasik Adda

Hafis Zul Helmy :)

Saturday, May 12, 2012

Exam Week :)

assalamualaikum.
new me. specky me. yeah me. its me :) 
halo bloggers and readers. 
penat tak? minggu exam kan. penat macam mana pun kita kena hadapi jugak. 
hari Selasa yang lepas exam BM. penat dan rasa macam nak termuntah jawab soalan. nak tahu kenapa? sebab banyak sangat soalan. nak jawab pun laa haii. telah je lah. ilmu katanya. 
lepas tu masuk hari Rabu. kita ada Exam BI masa tu. dua paper. paper 1 and paper 2. 
kita nak cerita pasal paper 1 kita. yang direct essay tu.
pilih soalan pertama. soalannya....

1. Write about "Unforgettable Person"

firstly kita ingat nak cerita pasal DIA. sebab dia memang unforgettable bagi kita. yelah. susah nak lupakan orang yang kita sayang kan. tapi what to do. tak sanggup nak tulis pasal dia. kita ubah lah ceritanya tapi guna nama DIA. 

dalam bahasa melayu tapi tambah2 sikit (bahasa rojak je. tanslate kan)....

          Semua orang ada orang paling kita sayang. Sama macam saya. Saya ada orang yang saya sayang dan saya susah nak lupakan orang tu. Lagipun hidup kita cuma sekali. Orang yang kita susah nak lupakan tu mesti orang yang paling berharga dalam hidup kita. Saya ada kawan, nama dia Izzaq Adeka. Dia anak tunggal dalam keluarga. Mama dan ayah saya pun dah anggap dia macam anak sendiri, sebab tu lah saya rasa sayang kat dia.

          Kami berkawan sejak Darjah3. Mulanya kami berjiran tapi tak sekelas. Bila dah darjah 3 barulah saya dapat sekelas dengan dia. Saya sangka dia sombong, rupanya sangkaan saya salah. Hari pertama saya dalam kelas tu, orang pertama yang tegur saya adalah dia. Dia kata dia dah lama nak tegur saya, tapi dia malu sebab saya macam sombong je kat kawasan rumah tu. Mula dari haritu kami jadi rakan baik. Kami berbasikal ke sekolah bersama-sama. Balik dari sekolah juga bersama. mungkin terlalu awal rasa sayang ni pada dia. tapi tak mengapa, dia selalu berada dengan saya. dia sering datang ke rumah untuk belajar bersama.

          Hari berganti hari kami mula menduduki darjah 6. peperiksaan UPSR akan kami tempuhi pada bulan Oktober akan datang. tidak lama lagi kami akan melangkah ke alam remaja. tak sabar rasa hati nak lepas dari UPSR. kami semakin rapat dengan tiap petang belajar di rumah saya. mama semakin sayang padanya. saya rasakan yang sama tapi disebabkan kami masih di sekolah rendah, saya tak rasakan perkara tersebut jadi sesuatu yang mustahil untuk saya katakan saya sayang dia. UPSR bermula. peperiksaan yang mencabar itu kami tempuhi dengan penuh berani. tapi apa kan daya, saya cuma dapat 4A dan 1B manakala dia memperoleh 5A. rasa malu itu timbul. mula menjauhkan diri dengannya.

          Pada kebiasaannya, kami akan berbasikal mengelilingi taman pada tiap petang. tetapi 2minggu selepas menerima keputusan, saya mula menjauhkan diri darinya. malu dengan keputusan UPSR yang tidak hebat seperti keputusannya. setiap petang juga dia tidak pernah lupa untuk datang ke rumah mengajak saya berbasikal bersama. pada Adeka mungkin tak ada apa mengenai keputusan tersebut. berkali mama memujuk ku untuk bertemu dengan adeka. aku menolak.

          Sekolah menengah sudah pun bermula. aku berada di tingkatan 1 SMK Taman Daya. pada mulanya agak kekok dengan persekitaran sekolah yang baru. tetapi semakin lama semakin okay. aku dan Adeka bergaul seperti biasa. ada yang bertanya adakah aku dan Adeka adik beradik ataupun couple. Adeka hanya menjawab adik beradik. benar. sememangnya kami rapat seperti adik beradik. ada perempuan yang cemburu apabila Adeka sering mendekati saya.

          Lama kelamaan kami semakin renggang. Adeka sering bersama rakan lelakinya Fikri, Izzal dan Sharil. balik dari sekolah, kami tak lagi bersama. kadang kala saya ditinggalkan di belakang. dia memecut laju untuk berbasikal bersama rakan rakannya. sememangnya hubungan kami renggang. dia tidak lagi datang ke rumah untuk mengajak saya bermain basikal bersama. mulai saat itu saya mula berkawan dengan Fika, Asri dan Ikmal. kemana sahaja memang saya akan bertiga bersama mereka. balik sekolah, ke sekolah mahupun belajar bersama.

          Setahun berlalu. setahun sudah aku tidak bersama ataupun berbual dengan Adeka. sungguh aku rindu untuk berbual dengannya. aku hanya mampu memerhatikannya dari jauh. entah mengapa, pada suatu hari dia datang mendekati saya dengan berbekalkan coklat ditangan. dia menghulur coklat tersebut padaku dan mengatakan dia minta maaf kerana mengabaikan saya selama setahun lebih. dia benar benar meinta maaf atas kesilapannya. kerana rasa sayang, saya maafkan salahnya. kami mula berkawan seperti biasa. Saya tahu sebabnya mereka berpecah dan tidak menerima Adeka segai ahli kumpulan mereka, kerana Adeka menolak untuk merokok. Ikmal menceritakan segalanya padaku kerana dia melihat kejadian Adeka dipukul oleh rakan rakannya apabila menolak untuk merokok.

          Result PMR kami cemerlang. kami berada dalam kelas yang sama. gembira rasa hati kerana sekelas dengannya. orang yang saya sayang. tetapi takdir menentukan dia perlu pergi. semasa saya hendak melintas jalan dia dari seberang memberi isyarat tangan suapaya saya menunggunya menyeberang dan kami akan lintas bersama. teruja aku menunggunya. sewaktu dia melintas jalan tanpa disangka, dia dilanggar sebuah kereta. tak mampu lakukan apa apa. saya terus berlari kearahnya. meletakkan kepalanya dipangkuan. tangisan mencurah curah sama laju dengan darah yang mengalir dari kepalanya. dia mendongak dan memandang wajahku. kata kata yang saya langsung tak sangka akan disebut olehnya "saya sayang awak Ayu" setengah minit kemudian dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. sememangnya dia yang saya sayang. dan takkan saya lupakan Izzaq Adeka sampai bila bila.

lebih kurang begini lah ceritanya. ada yang ditambah tambah ikut perasaan saya yang sekarang ni. 
sekian. assalamualaikum.