Friday, May 10, 2013

Selak Muka Baru

Orang kata jangan membenci atas sebab yang tak pasti.
Jangan hukum org secara membabi buta.
Jangan sumbat dia dalam penjara benci.
Jangan jadikan dia banduan untuk kita rasa bebas.
Jangan sebat dia dengan kemarahan.
Jangan gari dia dengan ketidakpastian.
Jangan heret dia dengan fitnah.
Jangan kurung dia dengan makian.

Aku gembira tapi gentar untuk menghadap muka baru buku 2013 ni. Sepatutnya tidur dah ni. Tapi aku takut untuk pejamkan mata. Sebab si celaka tak hbis2 muncul dalam lena.

Aku hapuskan segala benci terhadap kau. Aku bebaskan kau dari jadi tahanan dalam benak otak aku. Kau bukan lagi banduan kebencian. Tapi untuk trima kau balik, ianya suatu yang mustahil. Kemusnahan yang terjadi umpama tsunami dalam diri.

Aku berhenti. Aku diam. Aku berfikir. Kau hanya bayang yang akan aku abaikan. Sudah aku kosongkan kotak fikiran ini dari nama kau. Bermakna segalanya berakhir.

Muka baru 2013, aku harap suatu yang baik baik sahaja. Esok, aku akan mendaftarkan diri sebagai KPJ student. Diploma in Nursing. Doakan yanh terbaik buat aku :)

Bismillah.

No comments:

Post a Comment